Pages

Thursday, January 13, 2011

Uncle Red & Uncle Pink

dua jam tiga puluh empat minit di Jusco Bukit Raja!!!!

oke. itu adalah range time yang normal yer. kalau tak sampai dua jam, adalah sesuatu yang tidak normal terjadi di situ. ahaha~ aku suka pergi jusco. tatau la kenapa. maybe sebab dalam jusco tuh lots of shop with various groceries yang membolehkan aku mencuci mata dang menghanyutkan nilai mata wang hengget. huhh!!! bengkerap hakuuu...

urmm. cite arineh. red refer mr. kenny and pink goes to mr. robbin. arini. dua² uncle neh buat promotion. hape lagi kan. kita serbu laaaa!!!! 

jom² . memula kita pergi jumpa uncle kenny. omakk! ramainya orang beratur nak jumpa uncle kenny neh. mostly wear anything red. tak kisah la baju, tudung, kasut. semua merah. pakat pakai ramai²  ke?? errkk. yang pasti ni adalah gara²  kebaikan uncle kenny untuk bagi 1 set of 1/4 quarter ayam free with the purchase of 1/4 quarter ayam die. value die around RM15.90++. memang la ramai orang serbu umah uncle kenny neh. uhuhu.....maceh ye pak inchek sebab sudi pakai baju wane merah mak ngahhh!! 

lepas makan haruslah dihadamkan kan. sooo..jalan.jalan.jalan.jalan.takde hala tuju. then, pak inchek cakap nak p bayo bil. pergilah kami ke pejabat pos. tapi caye tamo masuk dalam. caye dok luar je. skodeng orang starbuck wat keje. kui³~ 

MPH. yeaahhh!!! aku memang pantang nampak kedai neh. misti membara² perasaan aku nak masuk. buku²  dalam tuh macam merayu²  je kat aku suh menjenguk dieorang tuh. haha. dan hasilnya???? dapat lah aku satu novel nehhhh..........actually ada 2 novel yang aku rasa macam suka. pak inchek tunjuk yang ini. kita beli je la kan~ sweet kan caye. dengar kata pak inchek (^_^)V

blupp~ toilet mana toilet. emergency neh!! ahaha. sementara ada orang tuh pergi jumpa mr.tan. aii pigi belek²  barang dalam jusco. oke. aii minat giler tengok pinggan mangkung periuk cawan segala bagai lah yang chantek² !! teruja abes!!

nak balik dah ni. tapi.....jom pergi jumpa uncle robbin jap. ehehe...uncle robbin oh uncle robbin. nak eskrem perisa chocolate chip and rainbow sherbet oke!!! i like sweet and sour. hahaha~ jom kita makan tepi air terjun!!!


jom tengok² gambar. tapi. kamu² akan merasa macam nak pengsan lah nanti. maaf la ye~


.budak puyus.

.sampai sekarang. aku masih tak faham. kenapa dapat muffin neh sampai 4. bukan 2 je ke sepatutnya. ke aku yang tak faham² neh.

.i've got the lower part. memang idak la caye nak makan drumstik tuh. memang akan terbang la peha tuh ke pinggan sebelah kan.ahaha.

.ini menu untuk hari ini.

.pinggan saya setelah peha terbang and kacang panggang tuh melayang. 

.masa neh, kacang tuh tak bagi kat pak inchek lagi. beliau sangat suka makan kacang ini. kenapa ye??? tak faham aihh.

.pak inchek neh memang suka posing memosing ehh.

.pinggan yang dah licin. ahaha. cepatnya makan~ .

.bukti peha ayam tuh berada di dalam pinggan beliau.

.gelang pink?? motif???.

.disebabkan gelang pink lah. uncle robbin 'bagi' eskrem neh.

.oke.silalah ambil beliau sebagai model baru uncle robbin ye.

.caye nak makan coyang²  eskrem neh.

.uncle rabbit. kami lahir pada tahun arnab. sebab tuh kami chumeil dan pipi kami tembam,

.bekas aiskrim yang telah kosong. huwaaa!! nak lagi buleh tak??.

.buku yang buatkan aku kadang gelak sampai nak tergolek. kadang macam nak lempar le dinding.


oke. genaplah dua jam 34minit kami. sekiannnn~

*********************
p/s: thanks to kaemi 4 the sharing information...
meeting.meeting.and meeting. ahaks~ aii lupe nak tulis entry la pulak pasai malam perkampungan surveyor. laen kali ehh~ 
anda semua boleh pengsan ye sekarang. (",)

*********************

.ciao.

Monday, January 10, 2011

Perot Piranha???

holalalaaa..
kenapa la aku terasa nak makan bege ayam spesel tambah cheese dekat Mie Burger tuh, gerai dia depan kedai Kota Anggerik Sec.7. depan surau la kiranya..pehh. terbaek oke bege die. cheese dia...omak aihh. sukar nak digambarkan dengan kata².

huhh!!! dasar perot king kong. kau kan dah makan tadi petang kat Padang Jawa. baru bape jam. takkan dah lapar balek kot?? pelik oke!!!


huuu~ petang tadi aii dengan pak inchek pergi makan kat satu kedai area Padang Jawa neh. aku paksa pujuk pak inchek suh makan sekali. sweet kan aku. ahah!! kami makan nasi + pecal ayam or nama saintifik lagi glamournye. Nasi Ayam Penyet. 

meh aku nak komen habis²an. nasi dia. rasa biasa la. nasi putih kan. ayam die?? pehh. lembut oke. sedapp!! sambal dia bagi aku pedas. tapi pak inchek cakap tak pedas. aikk?? lidah haku bermasalah ke?? atau dia?? ^_^
oke. nak tawu lebih detail lagi pasal direction and description dia. sila la lawati belog beliau. haku tak kenal sapa penulisnya. tapi amat berterima kasih kepada beliau for the direction. ngee~

urmm. bege.bege.bege.bege.bege. nak anta samosa ke anem. lalu depan gerai bege tuh. haihh. dugaan betol lahh!!!

huhuu.malas la nak pikir. nak tido. xde bege² dah ye!!!

*********************
kaemi & kak fairuz. bila mau dating pigi uptown??

kalau nafsu perot piranha neh mengganas. aiii stori plak ye pasal bege neh.

**********************


oke. tata titi tutuuuuu!!!!

.ciao.

Sunday, January 9, 2011

Resepi: Samosa vs Roti Sadin


"mari² adik abang kakak makcik pakcik. mari beli. dua singget. dua singget. sapa mau beli. dijamin halal. gerenti sedap punya"

nyaaa..pahal tetiba aku buat aktiviti jual menjual samosa neh?? dah takde kerja la tuh gamaknya. sekeh kang!! hahaa. oke². sebenarnya. aku budak yang chumeil poyo neh. saja nak mempromosikan samosa makanan buatan beliau neh. kunun² sedap la tuh. padahal........tetttt!!!!!

semalam sejuk kan?? pukul 2, 3 petang pon sejuk lagi. dah macam kat cameron highland je ghupenye. dah la aku neh memang tak tahan sejuk. ketar² je lutut aku. siap boleh pakai baju 3 lapis. ape hal kan?? oleh sebab kesejukan. makan perot yang ramping mengada ini pun merayu² la mintak makanan. siap goda² lagi. ana...jum la makan. besttt wo dapat makan neh~ oit perot. aku nak diet oke. jangan asyik suh makan je boleh tak?? geram betul aku.

dan disebabkan aku dah lapar babun. ditambah pulak keinginan aku nak makan samosa. gigih jugak lah aku terbang pergi giant tuh. last makan masa bulan puasa. berebut dengan adek aku. samosa last die yang dapat. kempunan haku. ("...")  buk bak buk bakkk zup zap zup zappp. oke. cukup sume dah bahan². jom terbang balek kayangan blok 56. cepat². lapar dah ni.........

sebenarnya sebelum aku terjah giant tuh. aku macam berbelah bagi. nak masak samosa ke roti sadin. bertinju jugaklah sel² dalam kepala otak aku nak memikirkan jawapan dia. last² pak ichek cakap: masak je lah dua². senang cerita. urmm. betul jugak kan. boleh simpan dalam peti ais. kot la kaemi datang umah ke. boleh goreng terus kan~ (",)

hoitt!! udah² la tuh membebel. takde sapa nak dengar pon. cepat bagi resepi, boleh tak??.
huu~ yelah². jom kita tengok apa bahan² yg perlu ada ------>

a famosa samosa

kulit popia (ikut suka la nak saiz ape pun)
kentang
ubi keledek warna oren (disarankan pakai la ye. manis sikit. aku carik kat giant takde. dia cakap itu keledek rupa macam mana?? cehh)
ayam (sesape nak pakai daging kisar boleh je. aku tak makan daging. sebab tuh masukkan ayam)
bawang
serbuk kari (terpaksa beli laen sebab yang umah punya dah expired)
daun kari
garam, gula, minyak.

cara² melontar memasak inti
  • tumis bawang dengan daun kari bagi wangi macam bau one drop perfume 
  • masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan air. tunggu sat sampai agak garing or kering sikit
  • masukkan ayam. kacau.kacau.gaul.gaul.
  • masukkan kentang. kacau lagi. kalau nak kentang cepat masak. rebus dulu bagi empuk ye.
  • tabur garam dan gula secukup rasa. ikot selera memasing la kan.
cara² gulung samosa
  • kulit popia tuh potong kepada 3 bahagian ye. panjang². bukan potong jadi bentuk segi tiga.
  • pastu. bubuh inti die kat hujung.
  • lipat jadi bentuk segi tiga. ala. buat macam lipat ketupat daun palas tuh.
  • hujung dia letak la air sikit. bagi melekat.
  • last sekali. goreng la kan. pastu dah boleh makan........
hoyehhh!!! sekarang giliran resepi kedua pulak yee....

roti sadin

sardin (saiz ikot sukati la. asingkan air/kuah dengan ikan die.)
cili hijau (potong haluih² ye)
bawang 
air assam jawa
garam, minyak
lada hitam

mari menggoreng
  • tumis la bawang tuh bagi harum semerbak, satu rumah boleh bau
  • masukkan ikan sadin. kacau bagi hancur ikan tuh.
  • masukkan air assam jawa
  • kacau² bagi air tuh cepat kering dan rasa dia sekata.
  • masukkan garam dengan lada hitam. kacau sampai kome² puas hati. nak kering ke. ada kuah sikit ke. terpulang pada selera individu.
  • matikan api. siappp!!!!
  • bersedia untuk di lenyek gulung dengan roti.
jom terjah edisi gambo². jangan risau. kali ni takde gambo yang membuatkan kome² rasa nak hempuk kepala ke dinding ye. (^^,)

.ni le kulit popia yang aii guna.sederhana besar je.

.kentang ni potong dadu ye. tak kisah la nak dadu besar ke kecik ke.sume bole.

.daging ayam ni aku potong besar² sikit. baru la rasa kan isi ayam tuh. takde la cipottt je.

.daun kari.cili hijau.bawang tuh aku buat untuk samosa kentang satu. sadin satu.aku suka makan bawang. sebab tuh suka letak bawang banyak.banyak.banyak.maaf la ye....

.ikan sadin yang diasingkan.maaf la ye.ade jugak sikit kuah dia tuh kat ikan.haihhh~

.air assam jawa. enak diminum begitu saja...ahaha. lawak je!.

.inti samosa yang dah siap. sedia untuk digulung. makan gitu je pon sodapp!!.

.alaa.tak jelas pulak sadin aiii nehh.

.begini ye adek² ghupe kulit popia yang telah dipotong kepada tiga bahagian.

.sesapa nak. boleh la datang menziarahi aii. penuh satu tapawe ni benda alah ni aii buat. tatau bila bule abes.

.inilah hasilnya. samosa inti kentang dan inti sadin ye.


sekian. majulah makanan untuk negara!!!


*********************************
nak tawu tak. last² sadin tuh aku jadikan inti samosa jugak. tak jadi nak buat roti sadin. ^_^

*********************************

oke. sesiapa juga boleh cuba resepi neh. kompom jadi punya lah. aku yang pemalas nak masak ni pun boleh buat. apatah lagi kome² yang rajin kan. laaaaaaaaaagi la boleh buat kan. sekian saja untuk hari ini. 

.ciao.

Saturday, January 8, 2011

Ladies Nite

.it is a date!!! ada sesapa nak ikot x??? oke tade!! my date with my pak inchek two beloved sisters. kak aimi & kak fairuz. pemergian kami neh bukan sesaje oke. ini adalah atas urusan seri paduka baginda. tade yang lebih penting melaenkan yang penting belaka. (",)

.oke la. kami nak celebrate bezday kak fairuz neh. actually, belated bezday. 28/12 sepatotnya, tapi die misti la celebrate dengan pak inchek dia kan. kami terpaksa beralah. haku sayang gile oke kat akak neh. oit. pasan muda. kau tau x beza umur kau ngn die 2 bulan je?? ah! pedulik hape haku. yang penting. dia tetap akak oke!! opss. alamak. kak aimi dah majuk. alala akak. jangan majuk neh. ana pun sayanggggg sangat kat akak. ^_^

.menu? sate kajang hj. samuri. 20 cucuk untuk 3 orang. 10 cucuk sate ayam. 10 sate daging. kompom daging not for me. *___* .ai minum air tembikai. kaemi. sirap je. ehe. jangan marah kak. kak fairuz?? opkos la air peberet die. teh o ais. nyum.nyum.nyum.nyum. how it taste ana maria? urm. so far so good. kuah die sedap + ada sambal pulak tuh. kalau ikot daging ayam dia pulak. bagi aku, sate uptown shah alam lagi best la. sebabnye?? sate kat uptown tak buat aku rasa muak. even aku makan 5 cucuk je. aku dah start tabule nak terima lagi. kalau sate uptown. 50 cucuk pun boleh. oke tipu!! paling banyak aku boleh abes makan sate pun hanya 7 - 8 cucuk sahaja. bajet diet. pirahhhhh!!!!

.next station. jusco bukit raja. hoitt! balek lah. alaa. lek la. pas makan haruslah jalan² kan. nak kena hadamkan makanan tuh. oke. tipu. motif utama nak tengok wayang. cite ape? sana juga decide. dah sampai.parking.cepat² pergi cinema. mari² kite tengok Narnia. best hoke. seat? aku dipinggirkan. cedey². tapi tadahal. kot² ada pakwe encem ke dok sebelah kan. untung badan. hahaa. sowie ye pak inchek. sengaja! 


.maka.bermula la cerita narnia. nak tawu tak sapa dok sebelah haku? sebelah kanan nyonya pompuan cina.muda lagi. bawak anak² dia. sebelah kiri lak. yeahh. lengcai. huwahahaa. lengcai yang berumur tak lebih seploh tahun. kuang3!! jom pakat ramai² gelakkan haku. padan muka kan. (^^,)


.okelah. malas nak story mori panjang². tengok je lah muka minah yang suka sangat amek gambar neh. 


.kakak² ku yang shantek.sila jangan berani nak kacau mereka!!.


.inilah dia bezday gurl kita.chumeil kan die.tapi jangan berangan.she's not available.
.oke.disinilah kami akan melantak makan sebentar nanti.

.takkan kak fairuz sorang je nak amek gambo kan.heee~ hasad dengki betul budak neh!!.

.sate.sate.sate.mengah haku nak ngabehkan 5 susuk cucuk sate ayam tuh.aku demand. tak makan daging. ^_^

.aku dipaksa untuk interframe disini. harap maaf.


.sementara tunggu hall dibukak.kau sempat lagi posing depan captain jack sparrow tuh??.

.oke.
.sekian.
.bubbye.

***********************************
.cebenarnye cite neh dah lame simpan. baru cekarang nak post. maaf ye kak. maklumlah. bizi je memanjang. bizi merewang ke sana ke mari la katakan. ahakss~
.anyway, really enjoy the night. 
.arigato gozaimasu

************************************

.ciao.


~A birthday is just the first day of another 365-day journey around the sun.  Enjoy the trip~


Friday, January 7, 2011

Looking Out Point

yezzaaa!!! walaupun sepetang aku merambu-ramba di sinun. tapi aku gigih gak lagi panjat tangga naek ke looking out point kat ampang tuh!! gila hantu berjalan kan haku?? x gheti² penat ke?? ahahaa. ada aii kisah~ like my mother said : berjalan la kemana saja selagi kau boleh pegi. nanti dah kawen, dapat laki cam apak kau. jangan harap la nak p mana². erkk. macam tuh ke mak?? tapi tape mak. pak inchek neh oke. heee~ (^^,) muka gatai hoccay. macam nak lempang jer!!

bersama² dengan pak inchek, kaemi + kak fairuz. kami mendaki gunung tangga yang tah bape ghatus anak tangga pon tatau. penat makkk oiii.. pegi ke restoren pe nama tah. panorama kot. huhh. ada ke patut. satu restoren. tapi reghe laen². dok kat menara peneropong tuh. reghe soft drink RM9. tapi, bila dok kat bawah. reghe dia RM3 je. apakah??? cis.cis.cis.dan cisss lagi. tapi tape la. yang penting. ENJOY!!!!

once again. thanks to pak inchek!!! ♥♥♥♥♥

alang² dah sampai. jom la kita lepak² sambil mentekedarah makan². reghe die??? phewww~ standard tempat² yang high class la kan. nak murah² buleh gak. makan kat tepi jalan yang nak masuk ke arah ampang perdana tuh. tapi aku rasa. makan kat sana lagi best kot!! gerai style. lama dah tak makan kat gerai². winduu okee~~

oleh sebab tadi siang aku dah makan bege king ayam yang memuakkan. so, malam neh aku hanya makan mushroom soup and garlic bread. perghh. omputeh gile kau. ahaha. diet oke. diet!! nak tawu rasa die?? mushroom soup die macam mushroom soup segera jenama kimball tuh. lagi sedap kalau korang masak instant sendiri kot. garlic bread die?? urmm. no comment. dah makan banyak bunyik pulak. tawu mak haku. mau kena seligi seploh juta kali neh!!

lepas makan. posing maut depan kemera. kunun² nak ngadamkan makanan. tapiii.... ghupe macam tapernah jumpe kemera je memasing. haha... tape kak..tade orang nak marah pon kan. lagipun. kite kan ade pak photographer free. layan jer!! ahaha. jom posing dulu sebelum mengah balek nak turun anak tangga juta² tuh!! 
jom layannn. zassss~~

.peace dulu b4 daki mendaki.lepas dah naek.dah tak muncul dah peace² neh.

.hah.journey to the west top.mengah hoccay!!.

.tak habes² lagi kew tangga tuh!!.

.menu.ape tah nak makan pon tatau.banyak cangat.

.lepas order.posing dulu.

.tami memang temfum hoccay.cila jangan puji pipi tami.tetian.time tateh.

.garlic bread and mushroom soup - ana yang funya.chicken chop -  kaemi. dumpling - kak fairuz, grill lamb chop - pak inchek yang funya.

.merenung bulan yang tak kunjung tiba.

.tak jelas lah.kome tafsirkanlah sendiri yea.

.haku memang shuke paksha pak inchek neh posing².bajet bagus la kan.

.budak neh lagi.oitt.udah² la.kepada sesiapa yang menjumpai beliau.silalah nyorokkan kemera anda yer!!.

.bahagianya dah campai bawah.

.yeahaaaa!!! happily ever after!!!.

.camat datang semua.oke.model².anda bole balek sekarang ye!!.

oke². cutt!!! abes dah aksi² model terlampau neh. korang² pon dah nak termuntah ijau kan tengok. bubbye!!

**********************************
pak inchek - maceh tak terhingga oke!!! you are the best!! ever!!!
kaemi + kak fai♥♥♥♥ both of u. thank to Allah to make me know you. i'm glad to be your sister
mila etah - aii tunggu yu tak pulang²

**********************************

.ciao.




~A smile confuses an approaching frown~

Thursday, January 6, 2011

Round²

Assalamualaikum..


haila. penatnye haku. lenguh kaki mak ni nyahh~ dah lama tak buat kerja² merepek-repek neh. arini ni aku tetiba rasa nak kembali ke zaman muda-mudi dulu. gamble - jalan² tanpa hala tuju!!!


maceh manyak² diucapkan kepada pak inchek sebab sudi follow aii merambu-reban neh. laen kali leh kita wat lagi kan. (^^,)


al-kisahnya, sepetang haku dan pak inchek neh jalan² round key el and sunway. sementara tanam anggur yang tamo ranum² tuh. baek lah kita manfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti riadah yang mengasyikkan. hahh!! asyik la sangat. kaki saket mengeluh. panggg kang!! 


tengah hari tadi. tetiba minda, akal, nafsu, hati dan otak aku terasa nak terjah pasar seni. tawu pasar seni tak?? alaaa. central market tuh. so, dengan gigihnya kami pergila naek motor. vroomm.vroomm. aku bukan ape. saja jer nak tengok² souvenir kat situ. siyes chantek² oke!!! kalau tadi aku bawak 8 juta hengget. banyak dah aku borong. stress la aku tengok benda chantek² neh. gerammmm. dan disebabkan aku hanya ada 7.9 juta hengget je. aku hanya mampu beli birthday card. arineh bezday sorang kawan aku. aku suka kad neh. cute!! laen entry ehh cite pasal card neh. 


lepas abes merewang kat sana. nak p mana yer?  tade idea la pulak kan. so, pak inchek neh memula nak masuk muzium telekom. tapiiiii.....tersampai la pulak ke KL Tower. ahaha. oke la tuh. last aku pegi sana masa darjah 4. tahun 97. erkk. rombongan cekolah dulu. ehehe. tengok harga tiket jap bape. huiiii~ adult RM38. Child RM28. errrr. tape la. tunggu la reghe tiket tuh jadi seploh hengget ye. kita round² je la kat bawah neh.


pas agak² dah bushan. jom balek!! ngengg~ ngengg~ round² jalan kat key el neh. hailaaa. gerun aku cilok-cilok neh. sejak dah lama tak naek + bawak motor neh. aku jadi cuak. kalau dulu. aku la ratu cilok!!! ahahaa~ even dah agak kematu la bon**t. aku ingat terus balek umah. ghupenye pak inchek ajak p sunway pyramid. nyumm². ada orang tuh ngidam nak makan burger. kita ikotkan la kan..ehehe. pusing keliling lagi kat sunway tuh. aku rasa, mau dekat 8000 langkah aku jalan arineh. 


pape pun. sangat berterima kasih kepada pak inchek sebab berjaya membuang rasa bosan caye pada hari ini...


***************
kaemi + kak fairuz ajak p looking point dekat ampang tuh lak malam neh. tatau la jadi ke tak~

oke la.cukup setakat ini saja. 

.ciao.

Life

## shot of memories coming back to me...

.life is too short.
.we don't know when it began.
.and how it will end.

.yesterday.
.i still hear his laugh.
.yesterday.
.i still see his smile.
.yesterday.
.i still have joke to share.

.today.
.he's gone.forever.
.no more his laugh for tomorrow.
.no more his smile for tomorrow.
.tomorrow.
.i have nobody to share a laugh and jokes with.

.now.
.it's all gone.
.it's all over.
.i'm all alone.
.with no one right here.

.life isn't a thing that we, alone wanna do.
.life isn't a place where we should dumped to.
.life isn't a joke that we should cried to.
.life is everything.
.life isn't nothing.

.love them.
.when they still alive.
.when we still breathing.
.when we still can meet each other.


***********************************************************
mood of a poet. just a notes, from what had happened to me previously. i lost 2 relatives in less than a week. i'm redha. and this moment, make me woke up from a long long longgg dream!!! 
once a second move, we still left behind. we will still at the same place if we don't make an effort to move forward.
and, as long as we been given this credit life. use it properly. 
tunduk sujud, hanya kepadaNya.
semoga roh mereka berada di kalangan orang-orang mukmin. aminn.
**********************************************************
 

Template by BloggerCandy.com