Pages

Tuesday, May 14, 2013

New Career

Alhamdulillah..
after almost a month aku menyandang gelaran penganggur, 
finally aku akan memulakan kehidupan aku as GIS Analyst dekat satu company offshore..
aminn ya rabb atas kurniaanMu ini.

Misi mencari bilik juga selesai..
Maka, bermula lah kehidupan baru aku nanti di sana..
=)



Esok, aku mula bekerja..Hope everything goes well since tomorrow also my mom birthday..
Semoga direstui.

Happy Birthday Mom.
Love You So Much!!!


p/s: Ibu saya sekarang satu..lepas ni akan bertambah lagi satu..haha

Friday, April 19, 2013

Kehidupan

Suddenly, aku teringan kisah aku kat KL Sentral..dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, dengan bff aku..hmm..merenung masa depan sejenak.......

Tadi, baru je ber'LINE' dgn all the bff..woww..within the conversation, secara tak sedar..perkara yang dibincangkan is about marriage..yes, marriage life..dalam pada tak sedar, dalam pada taknak semakin dewasa, usia kami semakin menginjak ke angka yang lebih besar..within four years, our 1st number of age will be change!!ohh, cepatnya masa berlalu..

Rasa macam baru dua tiga hari lepas jumpa all the bff, dengan usia waktu tu baru 18tahun!!masih mentah, remaja dan ceria..but in the end of this year, maybe two of us will getting married..and start to have a new life..rasa macam tak sedia je lagi..masih terlalu banyak yang belum dicapai dan dinikmati..

But, this a reality of life..our life will continue and everything will keep move forward..tak ada yang akan berpatah kembali..even kita merayu untuk ianya kembali..

Oh, really miss the old days...lepas ni kami akan ada kehidupan baru, keluarga baru yang perlu diambil perhatian..tempat kerja yang jauh terpisah..tempat kediaman yang jauh beribu batu..pasti susah nak berkumpul kembali..but, really hope that our 'future' husband tak menyekat kita dari terus berhubung dan berjumpa..really love all my bff till Jannah..

Jujurnya, sangat sedih bila fikir semua ni..tapi...aku tetap bersyukur..sekurang-kurang aku tau yang kehidupan kami akan jadi lebih stabil dan bahagia..kehidupan kami maju setapak kehadapan..

Hmm..mari berimaginasi..apa akan jadi 5tahun akan datang, bila kami berkumpul semula..pasti gamat dengan keletah anak kecil yang comel2..time tu mesti tak leisure macam sekarang ni..sekarang kalau jumpa still boleh golek2..if sorang malas makan, sume malas makan..tapi bile lepas 5thn, mesti dah different..haha...

So, kesimpulannya, semua ni perubahan yang positif..tak ada apa yang perlu dikesalkan..

Yeahhh...akhir kata...cepat cepat la kawan kawan baek saya kawen..x sabar nak tengok hampa semua naek pelamin..

P/s: begitu juga dengan semua kawan kawan yang laen...aminnn...

To umi nadia mazlan zulkifli, in sha Allah, i'll be ur bridemaid eventhough i am a preggy woman that day..he's agreed!! Hahaha

Thursday, March 28, 2013

End of Interview

feel so relief when everything has done!!!
just wait until next week to know either i get the job or not..
waiting make me suffer..
but, it's ok..
(^__________^)

hope everything goes well
aminn...


Hanya kepada-Mu aku memohon, ya Allah...........

Wednesday, March 27, 2013

Interview~~~~


Esok ada interview.. yeahh!!! 
Nervous pulak rasanya..
Macam mana la rasanya dan apa yang akan terjadi esok..
Hmm...
Preparation?? Entah..macam tak prepare apa-apa
Resume tak print lagi..sijil tak susun lagi..apa pun tak buat lagi..
Ayooo Ana Maria..apa nak jadi ni..
T_____T

Apa pun.. I'll hope everything goes smoothly. 
Nothing bad will happen. 
Hope, this is the right path for me.
Aminn..

Hmm...marilah kita mengemas sijil-sijil ni semua. 
Iron baju, tudung segala bagai.
Tak la kelam kabut esok pagi.

**Gayut dengan si dia pun line tak mengizinkan......

Anyway, wish me good luck!!!
Gambatte ana maria.
Fighting!!!


Tuesday, March 26, 2013

Sun Burnt!!!!!

Mr. Sun Burnt coming again!!!

After 3 days i spent my holiday at Pangkor Island, my skin finally showed a nice side effect. 
Woww..dah macam udang bakar muka ni.
How can i make my face clean and clear like before??
I have an interview this thursday....oh Nooooo!!!
Hangus terbakar muka ku ini...sadiss...

Ahh, never mind. It just a small matter compare to the happiness I got there.
I feel refresh now..Seronok sangat..hehe
Esok lusa lah baru update cerita pasal apa yang terjadi kat sana.

Sekarang, masa untuk merehatkan minda. Tidur dan relaks dengan jayanya.
Esok mau pigi kije pulak. Adess..
Takpelah..meniti hari-hari terakhir di sana.
Hahaa..

Gudnite dunia..
=)

Friday, March 22, 2013

Cinta Monyet

Perkara paling lucu untuk diingat adalah cinta monyet. Kenapa mesti monyet.......wa'allahualam..kena lah tanya kepada yang pakar...

Sebut pasal cinta monyet, hampir semua orang akan tersenyum sumbing. Tak kurang jugak yang masam muka [kes cinta bunga2 bertukar jadi nightmare].. 

Kisah cinta monyet aku?? Hmm..tak berapa nak monyet sangat..sebab rasa macam lebih kepada chipanzi..haha.. Jom terjah balik memori silam...jengjengjengg



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1993 - takde apa yang berlaku. biasalah. budak hingusan baru nak belajar ABC123

1994 - urmm..macam tak ada apa2 jugak. pergi balik sekolah berhantar adan berhambik..tapi sekolah agama aku naik basikal dah..dulu ake sekolah dua sesi. sesi pagi sekolah kebangsaan, sesi petang, sekolah agama. bila fikir balik, agak gigih jugak aku dulu kayuh basikal pergi sekolah pagi dan petang. kenapa sekarang jadi malas ehh?? =P

1995 - masih tiada perubahan tentang cinta monyet. masih mempunyai otak yang suci murni.hakhakk..tapi aku start bergaduh dengan seorang hamba Allah yang........................tak boleh nak gambarkan kekerasan kepala beliau.

1996 - masih berkecimpung di alam yang sama. tapi mulai dari tahun ni, ada 'something' from 'somebody' amat meninggalkan kesan mendalam dalam diri aku, sejak kehadiran dia dekat sekolah kebangsaan aku. tapi yang pelik, dia pun sebenarnya belajar sama sekolah agama dengan aku jugak..hurmm..pelikkkkk

1997 - ngeee~ aku follow kengkawan aku dok bercintan-cintun. dia partner dengan A, B partner dengan C, aku partner dengan orang tu, orang ni partner dengan kawan aku..haha..kelakar lah..siap boleh tukar2 hadiah. hadiah ape? ape lagi yang mampu...setakat pemadam, pensil, pembaris. ada yang kaya sikit, bagi la buku..untung kawan aku..haha..tapi jangan salah faham, partner ni semua satu kelas aku jugak.haha...tu yang lagi kelakar. tapi 'event' ni tak bertahan lama pun..masuk darjah 5, hampir semua dah bubar..nggeeee~~~


1998 - nothing much to say. Semua hal cintan tahun lepas dah berkubur tanpa nisan.

1996 - UPSR & SPRA. Big exam for the 1st time. Eh salah. 1996 dulu pernah amik exam PTS..exam yang kalau lulus boleh lompat terus pergi darjah 5 tu.

Hmm..sebenarnya, sepanjang enam tahun dekat sekolah rendah ni, terlalu banyak memori yang aku kenangkan. Yang paling aku ingat sampai sekarang, aku suka dekat seorang mamat for more than 10 years. Aku rasa semua kawan-kawan rapat aku tau pasal ni. Even mamat tu pun tau pasal ni. Aku tak tahu samada ni kategori cinta monyet ke cinta belalang atau cinta arnab. Dulu memang konon-konon sayang separuh nyawa la dekat dia. Bayangkan, semua lelaki yang berhajat nak 'couple' dengan aku, aku akan compare dengan dia. Maka, dengan itu, single lah aku sampai umur 20 tahun. Hahahaa...



Kenapa sampai jadi macam tu? Entah lah. Nak kata ade rupa? sekarang aku tengok...memang tak lah..Nak kata baik....aku sendiri akui mulut dia mengalahkan longkang..Ayat laser memanjang..Nak kata  baik..Kerja asyik nak membahan orang..Entahhh...sampai satu masa aku kena brain wash dengan seorang kawan aku yang dari kecik ni jugak. Semalaman dia 'basuh' otak aku....


Dan sedar-sedar, aku dah langsung takde pape perasaan dekat dia. Malah, sekarang ni, dia adalah one of my best boy friend. (sila baca betul betul..boy friend..not boyfriend..different okeh). Rahsia dia rahsia aku, rahsia aku, dia tahu. Apa-apa masalah yang berkaitan dengan kawan-kawan satu batch, dia akan cari aku dulu untuk bincang. Hmm.. sejujurnya, aku dah tak rasa apa-apa dengan dia. Nothing. Zero. Lagipun dia dah kawin and bakal dapat anak tahun ni. Serious, dia hanyalah masa silam aku. Tak lebih dari tuh..Ehh ada, dia sebenarnya saudara aku. Hahaa..

Bagi aku, era cinta monyet dah tamat. Sekarang masa untuk serius. Serius untuk fikir masa depan. Dan serius untuk menghargai apa yang aku ada sekarang. Menghargai orang yang menyayangi aku, yang amik berat pasal aku, yang selalu mendoakan aku, yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk aku.


Dengan umur dan kematangan yang selari ni, aku tak pernah kecewa pun dengan apa yang pernah aku lalui, apa yang pernah aku hilang. Sebab, aku masih mempunyai mak, ayah, adik beradik, kawan-kawan yang sentiasa support aku dari belakang, yang tahu pahit manis perjalanan hidup aku. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Tak terbalas jasa kalian. Dan yang paling penting, kepada seseorang yang terima aku seadanya, yang terima baik buruk aku, even aku tak cantik, tak pandai, tak kurus, tak glamer, segala jenis tak lah.. In sha Allah, you'll be always the only one in my heart and my life. Maaf kalau tersa dengan mulut ni yang selalu cakap pasal "Gary oppa" =) What ever oppa comes to me. You always be the only one for me, for now and always, and forever. In sha Allah.......


New Template..Yeahh!!!

Just when I felt dizzy and bored, 
I asked 'Uncle Google' to find me out on cute and free template.
Searched..Searched.Search..
Then, I've found Gisele Jaquenod & Birdie's page.
Awesome!! Daebak!!
There are many cute birdie and drawing, and I believed it was drawn by herself. 
sighh..if only i have the talent to draw something cute....

Finally, I end up by download her template which I think the most simple and cute template.
To visit her page, click here

Thanks Gis for allowing me to make your template working on mine. 
(^_^)v


Muchas Gracias~~

Saturday, February 16, 2013

.kerana mu nazihah..aku turutkan......



 Yeahh..entry pertama untuk tahun 2013, dikala bulan Februari..

No ceremony in welcoming a new year. Tak mahu nak ingat usia yang semakin meningkat dan masih lagi terpaksa mendengar soalan "Bila nak kawin??" Uhh..bingit telinga dengar. Emo woo emoo... 

Takpe lah. Lupakan seketika pasal isu tu. Yang penting, having a time with my precious friends and family much more important. Haha.. ayat penyedap hati diri sendiri.

Di saat ini, aku tengah tunggu kek coklat kukus ku siap masak. Siap tiru gaya ala-ala Anna Olson gitu. Tapi aku jadi Ana Maria la kan. Weee~~ Emm..sebab apa aku gigih masak kek pukul sembilan malam ni? Bukan sebab aku yang nak makan. Daripada aku bersusah payah untuk perut aku yang comel ni, baik la layan anime kan. Tapi ni disebabkan kawan baik yang paling aku sayang nak makan, rela aku turutkan, walaupun diri ini penuh dikuasai kemalasan.  >_<

Hasil Terdahulu. Rasa macam dah oke, tapi tak tahu la kalau bagi mak kepada bakal iman kena reject ke tak....



Nazihah a.k.a Seng. Dia suka buat hidup aku kelam kabut nak fikir nak makan ape. Nak masak ape. Dah macam mak mak lak aku rasa. Yela kan, tetamu kalau datang rumah kita, takkan la kita nak biarkan kelaparan. Terpaksa la otak dan minda aku menjalankan tugas yang sepatutnya. Tapi takpe, aku tak kisah. Ngee.. Ada lagi sorang, Bie a.k.a Makcik Salbi. Sila jangan tanya mana datang word 'makcik' tuh. Tak ada jawapan yang sahih dan kukuh. Makanya, bila mereka datang rumah serentak, aku dengan Mira jadi pusing kepala layan kerenah kanak-kanak tak cukup umur ni. Hihii... 

Seronok hidup bujang ni kan. Hakhakk~ Makan.Berjalan.Bercuti.Tido.Kerja. Tapi akan sampai satu masa, bila sorang dah mula fikir dengan serius pasal kawin. Semua akan terjebak sama. Semua akan terasa stress yang sama!! Lagi lagi dengan Bie dan misi beliau untuk menamatkan zaman bujang beliau sebelum masuk 26 (yang tinggal hanya beberapa hari lagi sebelum bezdei beliau ^_^ ) 

Dan di saat aku menunggu kek untuk masak, Seng dengan misi beliau untuk mencari warna.design baju yang sesuai untuk aku..kawin??Apakah?? haha..Apa pun sangat hargai jasa baik awak, kawan. You'll have your token later, k. 

Oke. Kek dah siap. Penulisan yang ntah hapehape ni pun perlu dihentikan untuk tindakan selanjutnya ke atas kek tersebut. Untuk resepi (peringatan buat diri sendiri andai terlupa satu hari nanti) kita buat lain kali la ye. 

Good nite.zzzz~~~

Ah Seng and the jajan masa kecik kecik dahulu
Bie dan misi beliau
Tuan rumah pula merehatkan minda

Vintage theme
Wish we at Holland right now!!

.Senyum.


 

Template by BloggerCandy.com