Pages

Wednesday, December 1, 2010

Sains Ukur & Geomatik - Part 1

Jun 2005
Heh? Sains Ukur & Geomatik. Benda ape tuh?? Siap ada lagi Sistem Maklumat Geografi. Apa ke benda alah tuh?? What??? PERLIS. Omakkkk jauhnyeeeee~ Hujung dunia tuh!!! Yang dekat2 takde ke. Kenapa takde universiti kat Sekinchan neh ye. Haihh~~ Nak pergi ke tanak. Agak-agak kalau tak pergi mak marah tak. Lalalaaaaa~

Aduh. dah la penat uruskan wedding my auntie tak hilang lagi. Putus semua urat saraf aku. Terkejar ke sana sini. Ni nak pergi Arau lagi. Ayooo~ Mau terbang bule tak. Tak pun nak ghaib je dari Sekinchan ke Arau. ahaha~ Ngenggg3~~ Bermula la perjalanan ke Arau. First time neh aku nak berjauhan dari family. Hoyaaa..Takut...zzzz~ Tu lah zaman sekolah dulu suruh masuk sekolah asrama tanak. Nak jugak masuk sekolah cina. Apa tah yang di tunggu kat sana pun tatau. Tapi ade gak ramai mamat hansome kat sana. Kui3~


Bersyukur betul aku, makcik2 aku sudi mematahkan pinggang mereka semata2 nak menghantar anak sedara mereka yang chumeil ini. Eheh! Perasan!!! Aku akan balas jasa mereka semua walau apa pun~ Wahh! Terharu kot!!! Ada yang bagi duet belanja..Huuhuu~~

Sampai je kat Arau nun, aku still tatau lagi apekebenda yang aku nak belajo neh. Geomatik. Huhh!! 1st time dengo~ Macam kosmetik bombastik plastik jer~ Dalam keterpaksaan dalam kepasrahan..aku menguatkan hayunan kaki mengharung hidup sendiri. Adehh. Asrama macam kem tentera! Hunted!! Hailaa~ Kena raging lagi dengan senior. Heh~ Senior 1 sem atas je pon. Takpe2~

Takut sampai terbayang macam2.Lagi2 senior cerita kisah seram pasal kolej neh.Haiihhh~

Belajar punya belajar punya belajar..aku tahu la serba sedikit pasal apa yang aku harungi neh. Pasal bumi, tanah, bearing, jarak, theodelite, leveling, cerap matahari, azimuth, bulatan gedang, bla bla bla bla....pening pening pening pening ****** banyak bintang!!!


Abes yang ade Sistem Maklumat Geografi tuh ape?? ahaa~ Sabar...sebenarnya ada 3 jenis kursus yang ditawarkan under Sains Geomatik neh selain GIS. Ada Geomatik tulen and Sumber Alam. Tapi untuk 4 sem awal, semua belajar benda yang sama. Masa sem 5 & 6 je yang laen. Masa tuh la baru ada beza. Sepanjang 4 sem awal neh, macam2 subjek aku wajib belajar..Jom terjah apa yang membuatkan aku terpaksa menguli, memecah dan menghancurkan kepala otak aku untuk survive!!

Sem 1 @ Arau.
 - Pengenalan Ukur.
Macam2 nak kena ingat.benda baru.kalau budak teknik tahu lah.mereka2 pernah gak terdedah dengan     benda neh! Theodelite zaman tentera jepun. Kalau tengok cerita Senario - Pemburu Emas Yamashita, hah. Sebijik macam tuh la. Sama dan serupa!!! 

OldSkul Theodelite.Junior skg dah x pakai pon.

- Mathematic
Dah macam mari kembali ke sekolah. Macam belajar balik add math form 4. Haihh~ Rindu la pulak kat oldskul.time add math mesti mengantuk.ahaha~

- Kesatria
Haruskah aku kembali berkawad setelah sekian lama aku gantung kasut. Yekk~ Petang jumaat pulak tuh. Oh! tabah lah hati.kiri, kiri, kiri kanan kiri...hitam.memang kompom aku hitam. Tapi mujur aku tak masuk palapes. Huwahahaa!!!

- Physic
Subjek ni best, cuma pendedahan awal aku untuk subjek neh agak annoying. So secara automatiknya, aku menyatakan yang aku hanya mampu mendendangkan lagu Dendang Perantau je la waktu aku study untuk exam paper neh. Budak2 laen dah mengghaibkan diri dari kolej. Sedih2. Mujur budak rumah aku (kolej Beringin dipanggil rumah, bukan bilik, sebab dia adalah kem tahanan askar jepun.haha) ada 3 orang budak DSG. Selamatttt..Tapi otak aku tetap pecah berderai......

Aku nak pinjam otak Albert Einstein boleh tak~ 

- English
Yeahh!!!Ada jugak subjek yang menyeronokkan. Even aku tak la expert on english, but I heart it so much. Soronok macam naek roller coaster oke!! Bikin kipala guwe mereng 359darjah. 

- Agama Islam
Belajar tentang ketuhanan & alam sekitar. I like!!! Hafazan tetap hafazan. Tapi suka lah. 

- Computer Concept
C++, programming, bla bla bla...Nice knowledge on it. Final project kena buat receipt. Hohoo. Aku buat resit bookstore. Nyummyyy~~ err..ada kaitan ke bookstore dengan makanan??

Cukup dah 7 subjek. Perghh!!! Memang mereng!! Pape pon, it's nice experience to learned new things right. And most important, I gained my confidence on myself to talk with others. 

Err...can I continue for the next sem on the next entry? Hehehe~  Aku dah macam nak jadi macam gambar kat bawah neh. zzzzzzz~~



********************************
Waktu part 1, aku adalah seorang yang x betul! Aku suka maen. Tapi, life kat Arau memang menyeronokkan!!! Kat sini lah aku kenal si dia. Tapi dia sombong. Huhh! Yelah sapa lah aku kan. Hanyalah insan biasa. Tapi, ada aku kisah. Kuang3~


Okelah. 
Nite~
Ciaou

I HEART rose!




2 comments:

Unknown said...

salam...overall, kos ni sal pemetaan eh..? bes x..?

einz said...

kod program ap120 ke??

 

Template by BloggerCandy.com