Pages

Sunday, December 5, 2010

Sains Ukur & Geomatik - Part 2

Assalamualaikum semua..

Dah habis belajar neh, baru aku menghargai keindahan & kenikmatan yang dialami oleh seorang pelajar.(tuh sebab ngengade update entry baru even tadi baru je post.haha~) Sekurang2nya, ada benda nak buat even mengeluh banyak sangat assignment la, lab report lah, final project la. Macam2 lagi lah. Takde lah macam aku sekarang neh. Cari keje tak muncul2. Nak kawen plak duet tak cukup. Hahahaa!! (Kalau nak kene kejar dengan mak keliling kg, buat la perangai yo~)


Oke lah, sambung balek life aku zaman student kat Arau dulu. Semester 2, the best memories ever!!!  Life masa part 2 neh memang sempoi. Hidup aku hanya kat bilik – kelas – mushroom – bilik. Mushroom ni actually satu area yang ada banyak kedai. Dalam banyak2 kedai aku suka kedai makchek balang. Kedai dia memang terbaekkkk!!! Banyak sungguh makanan. Sebab tuh aku tak heran nak keluar pergi pecan Arau ke, Kangar ke, Alor Setar ke. Kedai makcik ni dah lebih dari cukup.

gambo neh aku amek dari facebook makcik balang. creadit to her.dia sangat glamor kat Arau oke!!
Oke2. Kenangan kat Arau diketepikan dulu. Meh kite selongkar balek subjek2 killer aku zaman part 2. Dulu, lecturer aku buat gempak. Kepada pelajar2 yang tersayang, sesiapa yang fail even 1 subjct, u need to stay here at Arau until u clear all the paper. U can’t to transfer to Shah Alam if u get C- in any of your paper. Nahhhh kau. Memang terbaek ugutan dari lect tuh. Pulun aku nak clear semua paper. Haihh~~

Semester 2 @ Arau
 -  Mainstream English II
English oh English, why I need to date with you, again?? Oh, lupa pulak. Semua student kena belajar English sampai part 3. Konon2 nak jadikan para pelajar neh mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Al-maklumlah, sekarangkan zaman moden. Agak2 kalau zaman dulu2 Melaka dapat jajah Britian tuh, dieorang kena belajar bahasa melayu tak sekarang ehh~ renung2kan..dan, selamat beramal….hehee


 - Computer Concept II
Apa ye aku belajar, ermm.yang aku ingat aku belajar pakai Microsoft Excel dengan lebih excellent dan AutoCAD untuk buat layout plan a.k.a pelan susun atur. Seronok pakai AutoCAD neh. Serius chomeil je layout yang aku buat. Hahhaha..perasan!! Oh, mestilah kena perasan, kalau tak chomeil, takde lah layout aku kena copycat. Siotttt je budak tuh. Boleh die copy sebijik2! Kot ye pun nak copy tanpa pengetahuan aku, ubah2lah sikit ape yang aku buat. Ini tak, die tuko name die ye. Info2 laen semua sebijik. Memang Bonuslink betol lah. Aku sumpah jadi jongkong emas tawu lah!!!

 -  Study Skills
Sebenarnya aku amek subjek ni sebab dah tanak berkawad. Tak rela mak!! Hitam!! Tapi, punya lah aku rasa macam nak menyesal pun tak boleh. Orang yang mengajar tuh……..aduhhh!!! memang sastera abes! Jangan kata cara die mengajar. Cara dia bercakap pun ala2 baca puisi. Omakkk..tersengguk2 aku dengar tutur bicara beliau yang mahu menjadi seperti A.Samad Said. Bicara beliau sungguh menusuk kalbu, mengalunkan alunan merdu yang sentiasa membuatkan aku hampir melelapkan mata di kelas beliau. Petang jumaat tuh!!

keserabutan yang sama waktu aku dalam kelas neh
 -  Islamic Society & States
Ustazah Fatimah. Subjek ni banyak jugak yang dia ajar. Tapi, yang aku paling ingat dia ajar pasal kawin2. (gatal sungguh aku.bab kawin ingat saja!!haha) Kalau laki kawen ramai, nama dia poligami. Kalau perempuan kawen ramai, poliandre. Errr..perempuan boleh kawen ramai ke?? Tabule kan?kan?kan?

 - Mathematic 2A
Yeahhh!!! Ini lah subjek yang buat aku pulun giler!! Code die MAT191. Huhh! Ada ke patut aku yang tak amek kos civil kena belajar math yang bebudak civil amek. Ade ke patut? Tak patut kan. Memang tak patut lah. Tapi, nak buat macammana. Kalau aku protes pun, aku kena masuk exam hall jugak. Tapi kan, masa kat exam hall tuh, ade budak neh, baru setengah jam boleh tido!! Hoi!! Bangun2. Nanti tak cukup masa. Tapi, buat ape aku nak risau. Dia memang budak genius. Oke2  tumpu perhatian. Tak lulus tak boleh pindah Shah Alam. Dan gara2 subjek ni lah aku terpaksa berguru & bertapa dengan seseorang kat library. Tak pernah2 aku study kat library. Memang pecah tradisi!!

harap maaf.gambar beliau terpaksa di'wanted'kan bagi mengelak kontroversi.
 - Engineering Surveying
I loooooooove this subject. Maybe, method yang lecturer ni pakai sesuai dengan jiwa aku. Macam2 belajar under subjek ni. Tachiometry Survey, Levelling, Cut & Fill, bla bla bla.. senang cerita, semua maca apa yang budak civil belajar lah. Macam mana nak buat jalan, construction, etc. tuh pasal kot aku kena amek math tuh kan. Urmmm~
haha.ancient surveyors

 -  Field Astronomy
Hohohohhoo. Masuk kelas ni sentiasa happening. Lecturer ni memang sempoi. Takde student yang tak suka dia. Even subjek ni pening sikit. Tapi best! Kami kena buat cerapan matahari, yang memang penting giler untuk kerja2 survey. Barangsiapa yang berani menggelarkan diri mereka bebudak survey, tapi tatau apa die solar observation, memang wajib dihukum berenang merentas Laut China Selatan dari JB ke Kuching. Macam2 istilah digunakan dalam neh. Paling aku ingat, Bulatan Gedang. Hehee. Sambil die lukis bulatan tuh, sambil sebut word tuh. Memang siyes comel lecturer tuh. Ahahaha!!! Puls die suka bercerita! Lagiiiii sempoiii…

bulan bintang capricorn.hahaha

Agak2 kan, cukup panjang tak entry ni? Macam dah panjang. Macam pendek lagi? Kalau ikut standard assignment visual aku, adalah sangat kontot ini entry. Sure kena re-do. Oh tidakkk!!!!
Em. Sambung sikit lagi lah. Pasal transfer ke Shah Alam.

Sebenarnya untuk bebudak yang masuk AP121 & AP122, part 3 kena halau pegi Shah Alam. Kampus induk. Tanak kami menyemak kot kan kat sana. Tatau samada perlu untuk gembira atau pun tidak. Tapi…layan je la kan. Hahaha. Kat Shah Alam bercampur dengan budak degree sekali. Oh, terasa kecil diri ini. Tapi, seronok jugak. Tak payah la aku nak naek keretapi 12jam dari Arau ke KL. Patah pinggang oiiii~ Tuh belum lagi naek train dar KL Central – Klang. Pastu amek bas dari Klang – Kuala Selangor. Tukar bas lagi dari K.Selangor – Sekinchan. Hampir 24jam jugak la perjalanan nak balek kg. tapi semua tuh pengalaman kan. Tak dapat nak beli kat mana2.

cuba bayang kome2 duduk seat kelas ke3 untuk 12 jam tanpa henti.adehhh

Sambung2. Shah Alam. Alasan kami kena tukar sini sebab instrument yang kami akan pakai tak cukup kat Arau. Alat kat Shah Alam berganda dari kat Arau. Jadi, takde la nak bertumbuk, bertikam, bergumpal atau terpaksa mengeluarkan ilmu tempur ala2 askar masa nak guna alat nanti kan. Kemudahan kat student jugak sebenarnya.

Whatever it is..hidup aku sebagai student survey tetap tak berubah samada kat Arau or Shah Alam kan. Masih di bawah langit yang sama. Hahaa~

Oke lah.
Bye!
Ciaou!

awak tanak bagi rose kat kite kew~
(^_^)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com