Pages

Saturday, February 16, 2013

.kerana mu nazihah..aku turutkan......



 Yeahh..entry pertama untuk tahun 2013, dikala bulan Februari..

No ceremony in welcoming a new year. Tak mahu nak ingat usia yang semakin meningkat dan masih lagi terpaksa mendengar soalan "Bila nak kawin??" Uhh..bingit telinga dengar. Emo woo emoo... 

Takpe lah. Lupakan seketika pasal isu tu. Yang penting, having a time with my precious friends and family much more important. Haha.. ayat penyedap hati diri sendiri.

Di saat ini, aku tengah tunggu kek coklat kukus ku siap masak. Siap tiru gaya ala-ala Anna Olson gitu. Tapi aku jadi Ana Maria la kan. Weee~~ Emm..sebab apa aku gigih masak kek pukul sembilan malam ni? Bukan sebab aku yang nak makan. Daripada aku bersusah payah untuk perut aku yang comel ni, baik la layan anime kan. Tapi ni disebabkan kawan baik yang paling aku sayang nak makan, rela aku turutkan, walaupun diri ini penuh dikuasai kemalasan.  >_<

Hasil Terdahulu. Rasa macam dah oke, tapi tak tahu la kalau bagi mak kepada bakal iman kena reject ke tak....



Nazihah a.k.a Seng. Dia suka buat hidup aku kelam kabut nak fikir nak makan ape. Nak masak ape. Dah macam mak mak lak aku rasa. Yela kan, tetamu kalau datang rumah kita, takkan la kita nak biarkan kelaparan. Terpaksa la otak dan minda aku menjalankan tugas yang sepatutnya. Tapi takpe, aku tak kisah. Ngee.. Ada lagi sorang, Bie a.k.a Makcik Salbi. Sila jangan tanya mana datang word 'makcik' tuh. Tak ada jawapan yang sahih dan kukuh. Makanya, bila mereka datang rumah serentak, aku dengan Mira jadi pusing kepala layan kerenah kanak-kanak tak cukup umur ni. Hihii... 

Seronok hidup bujang ni kan. Hakhakk~ Makan.Berjalan.Bercuti.Tido.Kerja. Tapi akan sampai satu masa, bila sorang dah mula fikir dengan serius pasal kawin. Semua akan terjebak sama. Semua akan terasa stress yang sama!! Lagi lagi dengan Bie dan misi beliau untuk menamatkan zaman bujang beliau sebelum masuk 26 (yang tinggal hanya beberapa hari lagi sebelum bezdei beliau ^_^ ) 

Dan di saat aku menunggu kek untuk masak, Seng dengan misi beliau untuk mencari warna.design baju yang sesuai untuk aku..kawin??Apakah?? haha..Apa pun sangat hargai jasa baik awak, kawan. You'll have your token later, k. 

Oke. Kek dah siap. Penulisan yang ntah hapehape ni pun perlu dihentikan untuk tindakan selanjutnya ke atas kek tersebut. Untuk resepi (peringatan buat diri sendiri andai terlupa satu hari nanti) kita buat lain kali la ye. 

Good nite.zzzz~~~

Ah Seng and the jajan masa kecik kecik dahulu
Bie dan misi beliau
Tuan rumah pula merehatkan minda

Vintage theme
Wish we at Holland right now!!

.Senyum.


No comments:

 

Template by BloggerCandy.com