Pages

Friday, March 22, 2013

Cinta Monyet

Perkara paling lucu untuk diingat adalah cinta monyet. Kenapa mesti monyet.......wa'allahualam..kena lah tanya kepada yang pakar...

Sebut pasal cinta monyet, hampir semua orang akan tersenyum sumbing. Tak kurang jugak yang masam muka [kes cinta bunga2 bertukar jadi nightmare].. 

Kisah cinta monyet aku?? Hmm..tak berapa nak monyet sangat..sebab rasa macam lebih kepada chipanzi..haha.. Jom terjah balik memori silam...jengjengjengg



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1993 - takde apa yang berlaku. biasalah. budak hingusan baru nak belajar ABC123

1994 - urmm..macam tak ada apa2 jugak. pergi balik sekolah berhantar adan berhambik..tapi sekolah agama aku naik basikal dah..dulu ake sekolah dua sesi. sesi pagi sekolah kebangsaan, sesi petang, sekolah agama. bila fikir balik, agak gigih jugak aku dulu kayuh basikal pergi sekolah pagi dan petang. kenapa sekarang jadi malas ehh?? =P

1995 - masih tiada perubahan tentang cinta monyet. masih mempunyai otak yang suci murni.hakhakk..tapi aku start bergaduh dengan seorang hamba Allah yang........................tak boleh nak gambarkan kekerasan kepala beliau.

1996 - masih berkecimpung di alam yang sama. tapi mulai dari tahun ni, ada 'something' from 'somebody' amat meninggalkan kesan mendalam dalam diri aku, sejak kehadiran dia dekat sekolah kebangsaan aku. tapi yang pelik, dia pun sebenarnya belajar sama sekolah agama dengan aku jugak..hurmm..pelikkkkk

1997 - ngeee~ aku follow kengkawan aku dok bercintan-cintun. dia partner dengan A, B partner dengan C, aku partner dengan orang tu, orang ni partner dengan kawan aku..haha..kelakar lah..siap boleh tukar2 hadiah. hadiah ape? ape lagi yang mampu...setakat pemadam, pensil, pembaris. ada yang kaya sikit, bagi la buku..untung kawan aku..haha..tapi jangan salah faham, partner ni semua satu kelas aku jugak.haha...tu yang lagi kelakar. tapi 'event' ni tak bertahan lama pun..masuk darjah 5, hampir semua dah bubar..nggeeee~~~


1998 - nothing much to say. Semua hal cintan tahun lepas dah berkubur tanpa nisan.

1996 - UPSR & SPRA. Big exam for the 1st time. Eh salah. 1996 dulu pernah amik exam PTS..exam yang kalau lulus boleh lompat terus pergi darjah 5 tu.

Hmm..sebenarnya, sepanjang enam tahun dekat sekolah rendah ni, terlalu banyak memori yang aku kenangkan. Yang paling aku ingat sampai sekarang, aku suka dekat seorang mamat for more than 10 years. Aku rasa semua kawan-kawan rapat aku tau pasal ni. Even mamat tu pun tau pasal ni. Aku tak tahu samada ni kategori cinta monyet ke cinta belalang atau cinta arnab. Dulu memang konon-konon sayang separuh nyawa la dekat dia. Bayangkan, semua lelaki yang berhajat nak 'couple' dengan aku, aku akan compare dengan dia. Maka, dengan itu, single lah aku sampai umur 20 tahun. Hahahaa...



Kenapa sampai jadi macam tu? Entah lah. Nak kata ade rupa? sekarang aku tengok...memang tak lah..Nak kata baik....aku sendiri akui mulut dia mengalahkan longkang..Ayat laser memanjang..Nak kata  baik..Kerja asyik nak membahan orang..Entahhh...sampai satu masa aku kena brain wash dengan seorang kawan aku yang dari kecik ni jugak. Semalaman dia 'basuh' otak aku....


Dan sedar-sedar, aku dah langsung takde pape perasaan dekat dia. Malah, sekarang ni, dia adalah one of my best boy friend. (sila baca betul betul..boy friend..not boyfriend..different okeh). Rahsia dia rahsia aku, rahsia aku, dia tahu. Apa-apa masalah yang berkaitan dengan kawan-kawan satu batch, dia akan cari aku dulu untuk bincang. Hmm.. sejujurnya, aku dah tak rasa apa-apa dengan dia. Nothing. Zero. Lagipun dia dah kawin and bakal dapat anak tahun ni. Serious, dia hanyalah masa silam aku. Tak lebih dari tuh..Ehh ada, dia sebenarnya saudara aku. Hahaa..

Bagi aku, era cinta monyet dah tamat. Sekarang masa untuk serius. Serius untuk fikir masa depan. Dan serius untuk menghargai apa yang aku ada sekarang. Menghargai orang yang menyayangi aku, yang amik berat pasal aku, yang selalu mendoakan aku, yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk aku.


Dengan umur dan kematangan yang selari ni, aku tak pernah kecewa pun dengan apa yang pernah aku lalui, apa yang pernah aku hilang. Sebab, aku masih mempunyai mak, ayah, adik beradik, kawan-kawan yang sentiasa support aku dari belakang, yang tahu pahit manis perjalanan hidup aku. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Tak terbalas jasa kalian. Dan yang paling penting, kepada seseorang yang terima aku seadanya, yang terima baik buruk aku, even aku tak cantik, tak pandai, tak kurus, tak glamer, segala jenis tak lah.. In sha Allah, you'll be always the only one in my heart and my life. Maaf kalau tersa dengan mulut ni yang selalu cakap pasal "Gary oppa" =) What ever oppa comes to me. You always be the only one for me, for now and always, and forever. In sha Allah.......


No comments:

 

Template by BloggerCandy.com