Pages

Saturday, November 1, 2014

Thank You Allah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini. Waktu² bosan dan sunyi duduk sorang² ni la baru teringat nak menulis kan ;)

Baby dalam perut ni dah almost 7 months, and he is actively moving around. Entah main golek² ape la dalam tu kan. Pak enchek lak dah dekat seminggu ke Brunei dan akan stay lagi more than a week. It's ok la baby kan. Mama ada baby teman mama 24h/7d. Haha. Tapi honestly, mestila rindu sangat kat Pak enchek kan. Huwaaa..baru berapa hari dah rindu. Dulu masa belum kahwin, die empat bulan dekat Songkhla aku tak kisah pun. Tapi lepas kahwin...alahaiii... so aku dah faham apa perasaan jika seorang wanita kalau kehilangan suami beliau. Ok. Sangat sebak!!!

Redang. Four  years ago!!

Sekarang ni hujan kat luar jendela. Aku pun malas nak keluar pergi mana². Ingat nak pergi Baby Expo kat Shah Alam. Nak beli la apa yang patut untuk mudak techik ni. Kang nanti lambat² dah tak larat sangat kaki nak mengusung perot boyot ni kan. Tapi itu lah. Bila sorang² nak pergi..memang tahap kemalasan tu mendadak la naik. hehe.. Uihh.. amoi² ni hujan² pun nak mandi swimming pool ke? Ok salah. Renyai². Tapi still kategori hujan kan. Ishh..cuba la bagi sikit haba tu kat aku.. Haha oke, out of topic..

Hmm..kalau nak bercerita pasal life aku sekarang...aku bersyukur sangat sebab Allah bagi aku peluang dengan meminjamkan Pak enchek pada aku. He is the best ever!!! Beliau sangat sabar melayan kerenah aku. He is my best man. Dia terlalu baik. Sangat baik. Tak dapat aku nak gambarkan dengan kata² tentang dia. Aku ni nakal. Kadang aku suka kacau dia waktu dia tengah buat kerja, tapi dia tak marah pun. Layan je usikan aku. Waktu aku tak larat nak masak, dia yang masak untuk aku. Dia tolong basuh baju, sidai baju, kemas rumah. Banyak yang dia buat. Aku tak tau nak ceritakan macam mana. Cuma aku tau. Aku bersyukur dengan anugerah dari Allah ni dan aku harap dan berdoa jodoh ni berkekalan hingga ke syurga Allah. Buat masa ni, jujur aku tak sanggup kehilangan dia.

Zaman muda² dahulu 

In sha Allah, awal tahun depan keluarga kecil kami akan bertambah ahli baru. Makin bertambah tanggungjawab aku. Dari hanya seorang isteri, bertambah lagi jawatan sebagai seorang ibu. Ibu kepada seorang anak. Dulu aku sangat takut kalau aku tak boleh mengandung. Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki yang tak ternilai ni pada aku. Syukur padaMu.

Bercerita tentang kerjaya, mungkin aku akan hantar notis bulan depan. Reason: Office pindah pergi Shamelin. Oh tidak!! Sangat jauh. Dengan jalan yang tak pernah nk lenggang kat KL ni. Pukul berapa aku nak hantar dan ambil anak aku dari nursery, and plus, terlalu banyak kes penderaan kanak² sekarang ni. Aku jadi fobia. Anak yang aku kandung selama 9 bulan, aku bawak ke sana ke sini, pelbagai dugaan dan rintangan aku hadapi waktu mengandungkan anak aku. Siap pantang 44hari tak boleh buat itu ini. Tak boleh makan itu ini, senang² je orang lain nak dera sana sini. Or worse, paling sedih baby tersedak susu dan meninggal!!! Aku yakin aku tak setabah mana untuk hadapi semua tu. So, pilihan terbaik, baik aku berhenti kerja dulu dan jaga anak aku sampai at least dia dah 6 bulan. Biar tenang hati aku. Atau aku boleh sambung belajar je kan ;) In sha Allah, rezeki ada dimana² kan..


Ok la. Dah tak tau nak cerita apa. Selamat bertemu kembali.

Mood: Merindui Pak Enchek Sangat² 



Monday, August 11, 2014

The Recent Me.....

Assalamualaikum...
Lama rasanya aku tak tulis diari diri sendiri kat sini. Pelbagai kekangan dari semua sudut.
Alhamdulillah, sekarang aku dah officially jadi MRS. to Mr. MOHD DANIAL BIN ABDUL RASHID. 
Kami nikah pada 11/4/2014, hari Jumaat. Thanks to all yang sudi datang kat majlis nikah aku. My parents, adik2, cousins, tak lupa juga my forever bff...thank you so much. Love u all.


Kehidupan aku tak banyak beza. Still doing the same routine. Kerja kat tempat yang sama. Kecuali sekarang apa yang aku buat, nak pergi mana, semua kena fikir pasal suami, kena minta izin dengan suami. Haha.. Bese la.. Kata nak jadi isteri solehah kan. Cukup²lah aku jadi 'hantu' dulu kan. Tapi honestly, aku tetap 'hantu' yang dulu. Mana boleh berubah kan. Cuma kena buang sikit² la perangai 'vangang' yang gilez tu. Hurmm.. apa lagi ye. 

Haa..actually 11.8 ni genap 4 bulan kami kawin n genap la 4 bulan ada 'benda' dalam rahim aku. Haha. Nampak tak advanced di situ. Tapi nak buat macam mana. Rezeki Allah nak bagi kan.. Alhmdulillah. Syukur padaNya. 

Perasaan as pregnant lady? Hurmm. Hard to say. Sometimes I feel like dont believe it myself. Tapi bile tengok perot makin maju ke depan. Ye. Ini realiti. Just kadang risau jugak. Will I be a good mother? Sakit beranak. Semua la. Tapi kena positif kan. Kuat kan semangat. In sha Allah semua selamat. Aminn.



Yeah. Today my baby is 17 weeks now. Another 23 weeks to go and my tummy start to look "bambam". Alahan dah semakin kurang. Tapi sometimes datang jugak. >_< But, out of all. Really thanks to my beloved pak enchek yang sabar je layan mak ying ni. Macam-macam pe'el pelik mak yong ni buat. Tak masak 3 bulan. Tak nak makan pastu badan masuk angin then suh beliau urut pulak. Heee~ 

Tapi sekarang...macam-macam aku rasa nak masak. Bukan nak makan. Just nak masak je. Aku akan bagi sesiapa je masak, asalkan dapat masak. Haha. Malam tadi je aku buat kek masam manis. Malam ni rasa nak buat kek cappuccino pulak. Kehkehkehh...Untung pak enchek. Untung dak opis kan..hahha. Oke. Kidding!!

 

Ni la hasilnye. Pak enchek takde kat rumah, so the kitchen is all mine. Haha. 

To be continue..

Wassalam...

Tuesday, February 25, 2014

Please Aware Others Feeling

Hi, its been a while since my last update. Because of time constrain & no internet connection at home 😁😁

Time flies and within 50 days I'll be someone wife. Feeling excited but its not what I'm try to talk now. 

Today, the whole country & people may know bout a lady. Many bloggers talked about her. She may be guilty bcoz of her action. BUT why must they digged about her family and exposed them to public? What did they do to you guys? Why does you gave a link to their facebook? Dont you think how they feel? Are they feel happy & proud when you tell the world their identity? Please respect others privacy. Its okey if you want to exposed her origin & hometown. But why does you wrote her brothers, her sisters, her cousins, her niece and whatsoever? Are you satisfied by making a shame of others? 

Yes, I know you have a good intention by inform others to aware about this lady. Why dont you talked about her ONLY. You can talk bout her education background, her achievement, her current & previous job. Also bout what she's done. What action you want her to have or what curse you wanna say. Just let her family be. 

Am I talk rubbish? No!! I know her younger sister. She cried a lot!! She stress out!! Her mother. Her family too. 

This situation teach me that we have to think out from boundry. Think from many aspects. Dont judge a person by what we think, what we saw and what we heard!! Only Allah knows tge truth. Its better if we pray to Allah to give HIS hidayah to her. For her to come back to Islam, rather we cursed her bitch or whatsoever. 

I am not a good muslimah either but by cursing people would make it better & solve problems? Dont include her family. They have nothing to do with this matter. Its all about her. Dont you know her mom really miss her? Dont you think that her mother will leave her child when everybody blamed her? Not at all. Again. Dont stalk her family again. They have enough problem to handle than you guys. We are muslim and please care others dignity~~~ 


** dear buddy, please be strong!! We'll stay with you!! If you need shoulder to cry on..come to me and I'll be with you..
** if they are outside will blame me for this entry, I'm sorry. I just said what I felt when I saw her struggler to avoid others question, stared, cursed, etc. She almost lost her strength...


Wassalam....


Tuesday, May 14, 2013

New Career

Alhamdulillah..
after almost a month aku menyandang gelaran penganggur, 
finally aku akan memulakan kehidupan aku as GIS Analyst dekat satu company offshore..
aminn ya rabb atas kurniaanMu ini.

Misi mencari bilik juga selesai..
Maka, bermula lah kehidupan baru aku nanti di sana..
=)



Esok, aku mula bekerja..Hope everything goes well since tomorrow also my mom birthday..
Semoga direstui.

Happy Birthday Mom.
Love You So Much!!!


p/s: Ibu saya sekarang satu..lepas ni akan bertambah lagi satu..haha

Friday, April 19, 2013

Kehidupan

Suddenly, aku teringan kisah aku kat KL Sentral..dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, dengan bff aku..hmm..merenung masa depan sejenak.......

Tadi, baru je ber'LINE' dgn all the bff..woww..within the conversation, secara tak sedar..perkara yang dibincangkan is about marriage..yes, marriage life..dalam pada tak sedar, dalam pada taknak semakin dewasa, usia kami semakin menginjak ke angka yang lebih besar..within four years, our 1st number of age will be change!!ohh, cepatnya masa berlalu..

Rasa macam baru dua tiga hari lepas jumpa all the bff, dengan usia waktu tu baru 18tahun!!masih mentah, remaja dan ceria..but in the end of this year, maybe two of us will getting married..and start to have a new life..rasa macam tak sedia je lagi..masih terlalu banyak yang belum dicapai dan dinikmati..

But, this a reality of life..our life will continue and everything will keep move forward..tak ada yang akan berpatah kembali..even kita merayu untuk ianya kembali..

Oh, really miss the old days...lepas ni kami akan ada kehidupan baru, keluarga baru yang perlu diambil perhatian..tempat kerja yang jauh terpisah..tempat kediaman yang jauh beribu batu..pasti susah nak berkumpul kembali..but, really hope that our 'future' husband tak menyekat kita dari terus berhubung dan berjumpa..really love all my bff till Jannah..

Jujurnya, sangat sedih bila fikir semua ni..tapi...aku tetap bersyukur..sekurang-kurang aku tau yang kehidupan kami akan jadi lebih stabil dan bahagia..kehidupan kami maju setapak kehadapan..

Hmm..mari berimaginasi..apa akan jadi 5tahun akan datang, bila kami berkumpul semula..pasti gamat dengan keletah anak kecil yang comel2..time tu mesti tak leisure macam sekarang ni..sekarang kalau jumpa still boleh golek2..if sorang malas makan, sume malas makan..tapi bile lepas 5thn, mesti dah different..haha...

So, kesimpulannya, semua ni perubahan yang positif..tak ada apa yang perlu dikesalkan..

Yeahhh...akhir kata...cepat cepat la kawan kawan baek saya kawen..x sabar nak tengok hampa semua naek pelamin..

P/s: begitu juga dengan semua kawan kawan yang laen...aminnn...

To umi nadia mazlan zulkifli, in sha Allah, i'll be ur bridemaid eventhough i am a preggy woman that day..he's agreed!! Hahaha

Thursday, March 28, 2013

End of Interview

feel so relief when everything has done!!!
just wait until next week to know either i get the job or not..
waiting make me suffer..
but, it's ok..
(^__________^)

hope everything goes well
aminn...


Hanya kepada-Mu aku memohon, ya Allah...........

Wednesday, March 27, 2013

Interview~~~~


Esok ada interview.. yeahh!!! 
Nervous pulak rasanya..
Macam mana la rasanya dan apa yang akan terjadi esok..
Hmm...
Preparation?? Entah..macam tak prepare apa-apa
Resume tak print lagi..sijil tak susun lagi..apa pun tak buat lagi..
Ayooo Ana Maria..apa nak jadi ni..
T_____T

Apa pun.. I'll hope everything goes smoothly. 
Nothing bad will happen. 
Hope, this is the right path for me.
Aminn..

Hmm...marilah kita mengemas sijil-sijil ni semua. 
Iron baju, tudung segala bagai.
Tak la kelam kabut esok pagi.

**Gayut dengan si dia pun line tak mengizinkan......

Anyway, wish me good luck!!!
Gambatte ana maria.
Fighting!!!


Tuesday, March 26, 2013

Sun Burnt!!!!!

Mr. Sun Burnt coming again!!!

After 3 days i spent my holiday at Pangkor Island, my skin finally showed a nice side effect. 
Woww..dah macam udang bakar muka ni.
How can i make my face clean and clear like before??
I have an interview this thursday....oh Nooooo!!!
Hangus terbakar muka ku ini...sadiss...

Ahh, never mind. It just a small matter compare to the happiness I got there.
I feel refresh now..Seronok sangat..hehe
Esok lusa lah baru update cerita pasal apa yang terjadi kat sana.

Sekarang, masa untuk merehatkan minda. Tidur dan relaks dengan jayanya.
Esok mau pigi kije pulak. Adess..
Takpelah..meniti hari-hari terakhir di sana.
Hahaa..

Gudnite dunia..
=)

Friday, March 22, 2013

Cinta Monyet

Perkara paling lucu untuk diingat adalah cinta monyet. Kenapa mesti monyet.......wa'allahualam..kena lah tanya kepada yang pakar...

Sebut pasal cinta monyet, hampir semua orang akan tersenyum sumbing. Tak kurang jugak yang masam muka [kes cinta bunga2 bertukar jadi nightmare].. 

Kisah cinta monyet aku?? Hmm..tak berapa nak monyet sangat..sebab rasa macam lebih kepada chipanzi..haha.. Jom terjah balik memori silam...jengjengjengg



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1993 - takde apa yang berlaku. biasalah. budak hingusan baru nak belajar ABC123

1994 - urmm..macam tak ada apa2 jugak. pergi balik sekolah berhantar adan berhambik..tapi sekolah agama aku naik basikal dah..dulu ake sekolah dua sesi. sesi pagi sekolah kebangsaan, sesi petang, sekolah agama. bila fikir balik, agak gigih jugak aku dulu kayuh basikal pergi sekolah pagi dan petang. kenapa sekarang jadi malas ehh?? =P

1995 - masih tiada perubahan tentang cinta monyet. masih mempunyai otak yang suci murni.hakhakk..tapi aku start bergaduh dengan seorang hamba Allah yang........................tak boleh nak gambarkan kekerasan kepala beliau.

1996 - masih berkecimpung di alam yang sama. tapi mulai dari tahun ni, ada 'something' from 'somebody' amat meninggalkan kesan mendalam dalam diri aku, sejak kehadiran dia dekat sekolah kebangsaan aku. tapi yang pelik, dia pun sebenarnya belajar sama sekolah agama dengan aku jugak..hurmm..pelikkkkk

1997 - ngeee~ aku follow kengkawan aku dok bercintan-cintun. dia partner dengan A, B partner dengan C, aku partner dengan orang tu, orang ni partner dengan kawan aku..haha..kelakar lah..siap boleh tukar2 hadiah. hadiah ape? ape lagi yang mampu...setakat pemadam, pensil, pembaris. ada yang kaya sikit, bagi la buku..untung kawan aku..haha..tapi jangan salah faham, partner ni semua satu kelas aku jugak.haha...tu yang lagi kelakar. tapi 'event' ni tak bertahan lama pun..masuk darjah 5, hampir semua dah bubar..nggeeee~~~


1998 - nothing much to say. Semua hal cintan tahun lepas dah berkubur tanpa nisan.

1996 - UPSR & SPRA. Big exam for the 1st time. Eh salah. 1996 dulu pernah amik exam PTS..exam yang kalau lulus boleh lompat terus pergi darjah 5 tu.

Hmm..sebenarnya, sepanjang enam tahun dekat sekolah rendah ni, terlalu banyak memori yang aku kenangkan. Yang paling aku ingat sampai sekarang, aku suka dekat seorang mamat for more than 10 years. Aku rasa semua kawan-kawan rapat aku tau pasal ni. Even mamat tu pun tau pasal ni. Aku tak tahu samada ni kategori cinta monyet ke cinta belalang atau cinta arnab. Dulu memang konon-konon sayang separuh nyawa la dekat dia. Bayangkan, semua lelaki yang berhajat nak 'couple' dengan aku, aku akan compare dengan dia. Maka, dengan itu, single lah aku sampai umur 20 tahun. Hahahaa...



Kenapa sampai jadi macam tu? Entah lah. Nak kata ade rupa? sekarang aku tengok...memang tak lah..Nak kata baik....aku sendiri akui mulut dia mengalahkan longkang..Ayat laser memanjang..Nak kata  baik..Kerja asyik nak membahan orang..Entahhh...sampai satu masa aku kena brain wash dengan seorang kawan aku yang dari kecik ni jugak. Semalaman dia 'basuh' otak aku....


Dan sedar-sedar, aku dah langsung takde pape perasaan dekat dia. Malah, sekarang ni, dia adalah one of my best boy friend. (sila baca betul betul..boy friend..not boyfriend..different okeh). Rahsia dia rahsia aku, rahsia aku, dia tahu. Apa-apa masalah yang berkaitan dengan kawan-kawan satu batch, dia akan cari aku dulu untuk bincang. Hmm.. sejujurnya, aku dah tak rasa apa-apa dengan dia. Nothing. Zero. Lagipun dia dah kawin and bakal dapat anak tahun ni. Serious, dia hanyalah masa silam aku. Tak lebih dari tuh..Ehh ada, dia sebenarnya saudara aku. Hahaa..

Bagi aku, era cinta monyet dah tamat. Sekarang masa untuk serius. Serius untuk fikir masa depan. Dan serius untuk menghargai apa yang aku ada sekarang. Menghargai orang yang menyayangi aku, yang amik berat pasal aku, yang selalu mendoakan aku, yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk aku.


Dengan umur dan kematangan yang selari ni, aku tak pernah kecewa pun dengan apa yang pernah aku lalui, apa yang pernah aku hilang. Sebab, aku masih mempunyai mak, ayah, adik beradik, kawan-kawan yang sentiasa support aku dari belakang, yang tahu pahit manis perjalanan hidup aku. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Tak terbalas jasa kalian. Dan yang paling penting, kepada seseorang yang terima aku seadanya, yang terima baik buruk aku, even aku tak cantik, tak pandai, tak kurus, tak glamer, segala jenis tak lah.. In sha Allah, you'll be always the only one in my heart and my life. Maaf kalau tersa dengan mulut ni yang selalu cakap pasal "Gary oppa" =) What ever oppa comes to me. You always be the only one for me, for now and always, and forever. In sha Allah.......


New Template..Yeahh!!!

Just when I felt dizzy and bored, 
I asked 'Uncle Google' to find me out on cute and free template.
Searched..Searched.Search..
Then, I've found Gisele Jaquenod & Birdie's page.
Awesome!! Daebak!!
There are many cute birdie and drawing, and I believed it was drawn by herself. 
sighh..if only i have the talent to draw something cute....

Finally, I end up by download her template which I think the most simple and cute template.
To visit her page, click here

Thanks Gis for allowing me to make your template working on mine. 
(^_^)v


Muchas Gracias~~

Saturday, February 16, 2013

.kerana mu nazihah..aku turutkan......



 Yeahh..entry pertama untuk tahun 2013, dikala bulan Februari..

No ceremony in welcoming a new year. Tak mahu nak ingat usia yang semakin meningkat dan masih lagi terpaksa mendengar soalan "Bila nak kawin??" Uhh..bingit telinga dengar. Emo woo emoo... 

Takpe lah. Lupakan seketika pasal isu tu. Yang penting, having a time with my precious friends and family much more important. Haha.. ayat penyedap hati diri sendiri.

Di saat ini, aku tengah tunggu kek coklat kukus ku siap masak. Siap tiru gaya ala-ala Anna Olson gitu. Tapi aku jadi Ana Maria la kan. Weee~~ Emm..sebab apa aku gigih masak kek pukul sembilan malam ni? Bukan sebab aku yang nak makan. Daripada aku bersusah payah untuk perut aku yang comel ni, baik la layan anime kan. Tapi ni disebabkan kawan baik yang paling aku sayang nak makan, rela aku turutkan, walaupun diri ini penuh dikuasai kemalasan.  >_<

Hasil Terdahulu. Rasa macam dah oke, tapi tak tahu la kalau bagi mak kepada bakal iman kena reject ke tak....



Nazihah a.k.a Seng. Dia suka buat hidup aku kelam kabut nak fikir nak makan ape. Nak masak ape. Dah macam mak mak lak aku rasa. Yela kan, tetamu kalau datang rumah kita, takkan la kita nak biarkan kelaparan. Terpaksa la otak dan minda aku menjalankan tugas yang sepatutnya. Tapi takpe, aku tak kisah. Ngee.. Ada lagi sorang, Bie a.k.a Makcik Salbi. Sila jangan tanya mana datang word 'makcik' tuh. Tak ada jawapan yang sahih dan kukuh. Makanya, bila mereka datang rumah serentak, aku dengan Mira jadi pusing kepala layan kerenah kanak-kanak tak cukup umur ni. Hihii... 

Seronok hidup bujang ni kan. Hakhakk~ Makan.Berjalan.Bercuti.Tido.Kerja. Tapi akan sampai satu masa, bila sorang dah mula fikir dengan serius pasal kawin. Semua akan terjebak sama. Semua akan terasa stress yang sama!! Lagi lagi dengan Bie dan misi beliau untuk menamatkan zaman bujang beliau sebelum masuk 26 (yang tinggal hanya beberapa hari lagi sebelum bezdei beliau ^_^ ) 

Dan di saat aku menunggu kek untuk masak, Seng dengan misi beliau untuk mencari warna.design baju yang sesuai untuk aku..kawin??Apakah?? haha..Apa pun sangat hargai jasa baik awak, kawan. You'll have your token later, k. 

Oke. Kek dah siap. Penulisan yang ntah hapehape ni pun perlu dihentikan untuk tindakan selanjutnya ke atas kek tersebut. Untuk resepi (peringatan buat diri sendiri andai terlupa satu hari nanti) kita buat lain kali la ye. 

Good nite.zzzz~~~

Ah Seng and the jajan masa kecik kecik dahulu
Bie dan misi beliau
Tuan rumah pula merehatkan minda

Vintage theme
Wish we at Holland right now!!

.Senyum.


Thursday, November 15, 2012

A New Life to Begin, A Past to Remember

Hello,
(*_~)   #acting cute..hehe

Almost one and half year tak conteng-conteng wall ni, and tetibe rindu nak mengarut karut. Hehe. I just want to recall what happened to me within my disappearance. (cewah.ayat agak poyo disitu ye).

Excited!!

Honestly, when I finished my undergraduate level, I stayed at home. Trying to find a job, since most of my friend already got their job. A little bit jealous =p I also got a job, but I resigned. No specific reason, just maybe I can't endure the environment and how the boss treated elderly. A very sad moment there. TAK MAHU INGAT LAGI!!! 

Then, I further study, also at the same university. Don't know why I like this place so much?? even though I got the opportunity to fly to the Country of Samurai. Never mind, maybe next time. ^_^      I just finish my graduate level last July, and now I am a working lady.. Yeaahhhhh..... The feeling is so different with my first job. Maybe the working environment here more lively than before. hehe

This is absolutely not me! Hahaha

My job now is different from other ladies outside. It is a rare job for a woman to bears this responsibility. Deep in my heart, I'm afraid if I can't to handle it. I thinking so many bad thing. I may look like "normal" but honestly, I'm scared. No one will knows, no, maybe there is somebody also felt the same way when they went to their first job. At my real working place, except for myself, all of them is  a man. I don't know why I'm "here". I never dream about it. But, thanks to GOD for HIS opportunity. I take it as a challenge to me, either I can do what is given to me or not. Moreover, it is the time for me to 'payback' and practice what I learnt for almost six and half years in UiTM. Terima Kasih UiTM. 

Along this time, I learnt something meaningful. I didn't get what I really want, what I really planned. Because HE knows what is the BEST for me. So, let be grateful (SYUKUR and REDHA) with what HE give to us. That is the BEST for us, and of course HE know that we can endure with it. 

Every single thing that happened to us has their own reason. If we didn't get what we want, just think back into our old days. Is there something we doing wrong? or is it too extreme for us to handle? or is our dreams beyond the limitation? or ............ think deeply.......

Anyway, Happy Awal Muharram. Let us starts our new life with more optimistic thinking and energetic person, in getting HIS bless in dunia and akhirat. Aminn.




Helen Keller 


See you next post.

**i need his support, but i think, i won't get it.........  




Saturday, July 9, 2011

Bas Oh Bas

I don't know what to chonteng² here~ nothing special happened on me recently. But, my experienced at JB really memorable. ♥♥♥♥♥ it!!!!

Actually, dgn hanya melihat & memerhati, byk pengajaran yg akan kita pelajari. Macam aku & kengkawan yg lain lalui masa naik bas tak tahu berapa ribu KM kita tempuh sepanjang 6hari tu byk ilmu yang kami timba.

 Apa yg aku tengok lebih kepada moral anak² melayu & bukan melayu. Seriously aku tak mengagungkan bangsa lain, tapi bila tengok moral org² melayu ni...sedihh... Less respect to others, too outspoken, fashion victim, etc. Tamo la cite banyak². Yang paling aku geram, budak² sekolah lagi dah pandai nak menipu. Setakat nak bayar tambang yang tak sampai seringgit tuh pun tak nak. Tapi bila naik budak² laki yg kunun² ensem, keluar pulak handphone canggih. Hailaaa~

Macam² ragam ada dengan orang yang naik bas ni. Mengadu tambang mahal. Tapi tengok beli barang..mak aihh, shopping sakan. Beg plastik berduyun². Nak bayar 1KM RM0.10 pun tak boleh. Tu belum lagi yg mengadu cakap bas kotor, tapi tengok² dia yang buang botol air merata. Yang tak boleh tahan, ada yang bawak buah durian naik bas. Hahaha..tahan je la bau tuh. Kalau aku yang dalam tuh, memang dah pengsan awal la.

Yang lagi best, ada kawan seorang ni. Kena usha dengan somebody. Hehehee. Sorry buddy. Tak boleh tahan gelak bila teringat balek. Takmo la cerita how this auntie dress up. Tapi dari segi gerak laku, memang meloyakan.  katanyalah Lebih kurang mcm nak cari anak ikan la. Haishh..mujur kawan tu x termuntah hijau. Hikhikhikk~

  Pengalaman terbaik, don't judge a book by it's cover!!! Ada sorang pakcik ni. Kalau tengok dia mmg biasa² je. Sekali dah bersembang dengan dia, bukan setakat fasih english. Tapi Japanese. Oke!! Amat terkasima mendengar cerita dari kawan ni. Tapi tak hairan la kan. Kalau kita fikir² balik, orang dulu² lagi banyak ilmu dari kita. Kita je yang sombong & bongkak taknak belajar dari mereka~~

Thanks to all Maju Express team for all their support & helped

Tapi aku pelik la. Kenapa aku tak sakan nak amek gambar kat sana eh?? Ke sebab aku dah tak boleh nak fikir apa pun selain dari BAS???

Anyway, banyak lagi cerita menarik. Naik basikal roda 4 la. Haha. Lain kali update. Kalau tak, memang tak bergerak lah sarang labah² ni. 

-Nite-


Wednesday, April 13, 2011

Semuanya tentang......kemalangan!!!

Di pagi yang hening sambil ditemani bunyi-bunyi sang katak yang sungguh merdu, tetiba aku teringat pasal kemalangan a.k.a accident yang aku 'alami' dalam masa dua hari..Horrible~~


Sunday - I sent my sister to Kuala Selangor. On my way home, dekat selekoh yang ada signboard 'tengkorak manusia dengan tangan bentuk X'....sebuah kereta Persona, terjun masuk longkang kt my side. Padahal pesona tuh came from my opposite. Ngeeee~~~ Tamo tengok dalam kete tu cane driver die. Yang pasti, kaca bersepah + darah ada kat tepi jalan. Kete tuh kemik macam tin air gas yang dikemekkan + just nampak dari pintu belakang ke bonet. 
T___T 

Monday - Two cars bumped at the traffic light, a second after I across it. Subhanallah. Beza 3 or 5 second je dengan aku. Nissan Sentra and Saga Aerobak. Sangat teruk. Both of the bumper jatuh. Lampu of course bertabur. Agak menggigil jugak la nak drive lepas tu. 

Half an hour after the 1st incident, aku hampir involve dengan accident lagi. Dekat satu lorong, tengah aku meroyan dengan kawan aku pasal roti john and netball, satu motor neh meluru je keluar. Huishhh. Tak ke terkejut badak aku. Mujur aku drive tak sampai 40km/j. Akak tuh tarik break tapi dok pulas minyak. Siyes oke aku cuak. Gigil eksiden tadi pon baru 70% reda. Huihh..macam lipas aku keluar tengok apa jadi kat akak tuh. Yang paling penting, aku measure jarak kereta aku dengan motor akak tuh. Mujur ada 100cm++ beza dia. Dan yang pasti. Aku tak bersalah!!!

Balik rumah, siyes aku drive tak lebih 80km/j. Errr..macam pelik. Tak pernah aku drive cenggini. Huhuu. Takpela. Ni sume pengajaran kan. Peringatan buat aku. Accident can happen in any time and anywhere!!! 

Biar lambat, asalkan selamat!!!

^_^
Sebenarnya tujuan asal aku hari isnin tu adalah untuk beli roti john yang teramatlah sedap dan murah. 
Thumbs up to the seller even they only sold roti john at the stall.
I likeee~~~




Tuesday, April 12, 2011

Perigi vs Timba

Perigi is well, timba is bucket. Perigi cari timba = Well looking for bucket!!! Hehh~ Sememeh betul la ana maria neh. Boleh di translate sebijik-sebijik camtuh. Nanges chekgu BI die zaman sekolah cina dulu.

Oke. Our topic for today is "Perigi Cari Timba, Tak Malu Ke???????
(erkk..pahal kau highlight atas tuh.nak kena sekeh ker....)


Takmo la cite panjang² la eh. Lain orang laen pandangan. Cuma bagi aku, istilah tu dah boleh masuk arkib negara. Nope, aku bukan nak cakap perempuan kena simpan perasaan malu tuh dalam handbag. Takkk.. Apa yang aku maksudkan, kite kena grab peluang yang ada depan mata kita kan. It is a risk. Of course a risk. Life is about a risk, in anything we do. Emm..meh aku bagi simple situation untuk apa yang aku mention tadi tuh.

Situation
U r a single n available beautiful lady. Sadly, u r lonely. All ur best friend not there for u. They have their on lives. Their own happiness. Of course u will jealous. jangan tipu cakap tak.... At the same time, u r close with one guy. For u, this guy can be said as a perfect Mr.Right. Sometimes, ur heart said u want him to protect u....He is single too, n looking for his 'angle' to he keep and stay in his deep of his heart forever. He's nice and caring for u. He always there for u. 

What will u do?
1. Stay quiet.silent. Hoping that he will make his first step on u.
2. Expose urself to him, wisely. 
3. Confess ur feeling.
4. Never ever talk to him about ur feeling, afraid u'll be rejected.
5. None of my business!!!!
6. Anything u wanna do..I can't think anything else..


Choice is in our hand. Aku ada cerita benar pasal topik ni. Ni seriously not my story, but my really closed friends' story. I love her like my own sister. She really closed with one guy and she likes him. This guy willing to do anything for her. People said that they are suitable together, and I agree. He's kind and nice. I've told her to give a hint about her feeling. She's argued. She said this will embarrassed her. Ok fine. But, don't be regret when she loss him. She said she will think about it.

Soon, I saw she cried. This guy will get married!!!! With whom??? With someone who confessed to him!!! Is he like her?? Of course he like her. But, this guy too shy to tell the truth. Same goes to my friend. Now, this guy married with someone, that he will learn to love on. Is it a waste?? 

Yes, of course jodoh.ajal.maut.pertemuan di tangan Allah. Tapi sebagai hambaNya, kita seharusnya berusaha.berdoa.bertawakkal. Kalau usaha pun tidak, terus berdoa..macam mana kan. Mana ada orang terus ke step kedua tanpa perlu go through step first....

For me, usaha yang jitu, disertai dengan niat yang ikhlas. InsyaAllah akan ada pengakhiran yang terbaik untuk kita. Risiko memang risiko. Dan disebabkan risikolah kita semakin matang, tabah, dan cekal untuk terus hidup. . Asalkan tidak melanggar hukum tuhan.....
Namun, berhati-hatilah dalam mencari Mr.Right. Kaca dan berlian tak banyak bezanya..
Wallahu'alam..



The hunger for love is much more difficult to remove than the hunger for bread.  
~Mother Teresa~



Monday, April 11, 2011

DiLarang Masuk..Lost in the Middle of the........

Hahaiii~ lama dah tak conteng dinding belog neh.. Idea takde lah. Lagipun, aku stay kat kampung. Bukan takde line, ada.. Tapi, perasaan malas mengatasi segalanya.. (6_9)

Last two days, aku and my three beloved friends pergi merayau kat Kuala Selangor. Oke, sepanjang umur aku yang nak sampai ke angka 'jubli perak' ni, boleh dikira berapa kali aku pergi Bukit Melawati tuh. So, kami round la sambil terkinja-kinja lari sebab takut kena kejar dengan lotong. Geli oke!! Warna hitam kelabu. Tapi, anak die siyes chumeil. Rasa macam nak pinjam kejap jer. Macam monkey doll. Warna oren kekuningan. Errr.. Kalau dibagi pinjam pun, rasanya takkan pegang kot. Huhh~!!

Ni la lotong. Yang kuning tuh anak dia. Chumeil banget!!

Oke, straight to the main point. Kami pergi tengok wayang. Nak tengok Rio. Tapi lambat... Terpaksa tengok Dilarang Masuk je. Itu yang paling awal. (3.15 ptg). Tempat duduk dia agak exclusive. I likeee~~~!!! Tapi geram!!! Ntah budak mana tak pernah masuk panggung kot. Memekak jer. Boleh bayang tak, diorang cakap dengan volume yang paling high tone. Mengilai mengalahkan Kak Limah je. Yang paling hangen, boleh cakap : Korang pergi tak camping tuh nanti?aku tatau lagi la nak pergi ke tak... time tengah on-air cite neh. Apakah????hoiiii...cerita luar la..sengal~!! Dan aku dengan selambak badak Madagascar tuh pergi sound diorang. Hahaha. Pueh ati den..err..out of topic lagi..hehehe

Kalau cakap pasal cite ni....lagi la buat hati aku membara. Bayar sebelas hengget. Tapi aku macam lost!! Pembetulan, aku dan kawan.kawan.kawan aku. Kami tatau ape moral of the story die. Yang die cakap, eh tulis: Jangan terlibat dalam penjualan organ manusia secara haram.....so, apakah yang seramnya???oitt2..lost..aku lost!!! Aku rela kalau pun aku lost memory tentang cerita neh. Dah la pelakon yang sorang tuh 'alim' gile. Haihh~ Tak pernah aku tengok cerita yang storyline die cenggineh..

Pape pun, tiada paksaan untuk tidak menonton filem ini. Bagi aku, lakonan pelakon-pelakon dia dah cukup mantap. Best!!! Lagi-lagi yang pegang watak Fatia tuh. (sorry, tatau nama dia.aku bukan jenis ingat muka + nama pelakon), Azma berlakon pon oke. It just about the story line. Or maybe, it was just me yang susah sangat nak faham disebalik tabir and moral yang tak nampak tuh..Wallahu'alamm....

Erkk.salah poster.hahaa

Poster tak lengkap. Saja amek pic yang neh. =)

Ni la barisan pelakon dia......


The impersonal hand of government can never replace the helping hand of a neighbor.  
~Hubert H. Humphrey~

Thursday, January 13, 2011

Uncle Red & Uncle Pink

dua jam tiga puluh empat minit di Jusco Bukit Raja!!!!

oke. itu adalah range time yang normal yer. kalau tak sampai dua jam, adalah sesuatu yang tidak normal terjadi di situ. ahaha~ aku suka pergi jusco. tatau la kenapa. maybe sebab dalam jusco tuh lots of shop with various groceries yang membolehkan aku mencuci mata dang menghanyutkan nilai mata wang hengget. huhh!!! bengkerap hakuuu...

urmm. cite arineh. red refer mr. kenny and pink goes to mr. robbin. arini. dua² uncle neh buat promotion. hape lagi kan. kita serbu laaaa!!!! 

jom² . memula kita pergi jumpa uncle kenny. omakk! ramainya orang beratur nak jumpa uncle kenny neh. mostly wear anything red. tak kisah la baju, tudung, kasut. semua merah. pakat pakai ramai²  ke?? errkk. yang pasti ni adalah gara²  kebaikan uncle kenny untuk bagi 1 set of 1/4 quarter ayam free with the purchase of 1/4 quarter ayam die. value die around RM15.90++. memang la ramai orang serbu umah uncle kenny neh. uhuhu.....maceh ye pak inchek sebab sudi pakai baju wane merah mak ngahhh!! 

lepas makan haruslah dihadamkan kan. sooo..jalan.jalan.jalan.jalan.takde hala tuju. then, pak inchek cakap nak p bayo bil. pergilah kami ke pejabat pos. tapi caye tamo masuk dalam. caye dok luar je. skodeng orang starbuck wat keje. kui³~ 

MPH. yeaahhh!!! aku memang pantang nampak kedai neh. misti membara² perasaan aku nak masuk. buku²  dalam tuh macam merayu²  je kat aku suh menjenguk dieorang tuh. haha. dan hasilnya???? dapat lah aku satu novel nehhhh..........actually ada 2 novel yang aku rasa macam suka. pak inchek tunjuk yang ini. kita beli je la kan~ sweet kan caye. dengar kata pak inchek (^_^)V

blupp~ toilet mana toilet. emergency neh!! ahaha. sementara ada orang tuh pergi jumpa mr.tan. aii pigi belek²  barang dalam jusco. oke. aii minat giler tengok pinggan mangkung periuk cawan segala bagai lah yang chantek² !! teruja abes!!

nak balik dah ni. tapi.....jom pergi jumpa uncle robbin jap. ehehe...uncle robbin oh uncle robbin. nak eskrem perisa chocolate chip and rainbow sherbet oke!!! i like sweet and sour. hahaha~ jom kita makan tepi air terjun!!!


jom tengok² gambar. tapi. kamu² akan merasa macam nak pengsan lah nanti. maaf la ye~


.budak puyus.

.sampai sekarang. aku masih tak faham. kenapa dapat muffin neh sampai 4. bukan 2 je ke sepatutnya. ke aku yang tak faham² neh.

.i've got the lower part. memang idak la caye nak makan drumstik tuh. memang akan terbang la peha tuh ke pinggan sebelah kan.ahaha.

.ini menu untuk hari ini.

.pinggan saya setelah peha terbang and kacang panggang tuh melayang. 

.masa neh, kacang tuh tak bagi kat pak inchek lagi. beliau sangat suka makan kacang ini. kenapa ye??? tak faham aihh.

.pak inchek neh memang suka posing memosing ehh.

.pinggan yang dah licin. ahaha. cepatnya makan~ .

.bukti peha ayam tuh berada di dalam pinggan beliau.

.gelang pink?? motif???.

.disebabkan gelang pink lah. uncle robbin 'bagi' eskrem neh.

.oke.silalah ambil beliau sebagai model baru uncle robbin ye.

.caye nak makan coyang²  eskrem neh.

.uncle rabbit. kami lahir pada tahun arnab. sebab tuh kami chumeil dan pipi kami tembam,

.bekas aiskrim yang telah kosong. huwaaa!! nak lagi buleh tak??.

.buku yang buatkan aku kadang gelak sampai nak tergolek. kadang macam nak lempar le dinding.


oke. genaplah dua jam 34minit kami. sekiannnn~

*********************
p/s: thanks to kaemi 4 the sharing information...
meeting.meeting.and meeting. ahaks~ aii lupe nak tulis entry la pulak pasai malam perkampungan surveyor. laen kali ehh~ 
anda semua boleh pengsan ye sekarang. (",)

*********************

.ciao.

 

Template by BloggerCandy.com