Assalamualaikum..
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini. Waktu² bosan dan sunyi duduk sorang² ni la baru teringat nak menulis kan ;)
Baby dalam perut ni dah almost 7 months, and he is actively moving around. Entah main golek² ape la dalam tu kan. Pak enchek lak dah dekat seminggu ke Brunei dan akan stay lagi more than a week. It's ok la baby kan. Mama ada baby teman mama 24h/7d. Haha. Tapi honestly, mestila rindu sangat kat Pak enchek kan. Huwaaa..baru berapa hari dah rindu. Dulu masa belum kahwin, die empat bulan dekat Songkhla aku tak kisah pun. Tapi lepas kahwin...alahaiii... so aku dah faham apa perasaan jika seorang wanita kalau kehilangan suami beliau. Ok. Sangat sebak!!!
Redang. Four years ago!! |
Sekarang ni hujan kat luar jendela. Aku pun malas nak keluar pergi mana². Ingat nak pergi Baby Expo kat Shah Alam. Nak beli la apa yang patut untuk mudak techik ni. Kang nanti lambat² dah tak larat sangat kaki nak mengusung perot boyot ni kan. Tapi itu lah. Bila sorang² nak pergi..memang tahap kemalasan tu mendadak la naik. hehe.. Uihh.. amoi² ni hujan² pun nak mandi swimming pool ke? Ok salah. Renyai². Tapi still kategori hujan kan. Ishh..cuba la bagi sikit haba tu kat aku.. Haha oke, out of topic..
Hmm..kalau nak bercerita pasal life aku sekarang...aku bersyukur sangat sebab Allah bagi aku peluang dengan meminjamkan Pak enchek pada aku. He is the best ever!!! Beliau sangat sabar melayan kerenah aku. He is my best man. Dia terlalu baik. Sangat baik. Tak dapat aku nak gambarkan dengan kata² tentang dia. Aku ni nakal. Kadang aku suka kacau dia waktu dia tengah buat kerja, tapi dia tak marah pun. Layan je usikan aku. Waktu aku tak larat nak masak, dia yang masak untuk aku. Dia tolong basuh baju, sidai baju, kemas rumah. Banyak yang dia buat. Aku tak tau nak ceritakan macam mana. Cuma aku tau. Aku bersyukur dengan anugerah dari Allah ni dan aku harap dan berdoa jodoh ni berkekalan hingga ke syurga Allah. Buat masa ni, jujur aku tak sanggup kehilangan dia.
Zaman muda² dahulu |
In sha Allah, awal tahun depan keluarga kecil kami akan bertambah ahli baru. Makin bertambah tanggungjawab aku. Dari hanya seorang isteri, bertambah lagi jawatan sebagai seorang ibu. Ibu kepada seorang anak. Dulu aku sangat takut kalau aku tak boleh mengandung. Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki yang tak ternilai ni pada aku. Syukur padaMu.
Bercerita tentang kerjaya, mungkin aku akan hantar notis bulan depan. Reason: Office pindah pergi Shamelin. Oh tidak!! Sangat jauh. Dengan jalan yang tak pernah nk lenggang kat KL ni. Pukul berapa aku nak hantar dan ambil anak aku dari nursery, and plus, terlalu banyak kes penderaan kanak² sekarang ni. Aku jadi fobia. Anak yang aku kandung selama 9 bulan, aku bawak ke sana ke sini, pelbagai dugaan dan rintangan aku hadapi waktu mengandungkan anak aku. Siap pantang 44hari tak boleh buat itu ini. Tak boleh makan itu ini, senang² je orang lain nak dera sana sini. Or worse, paling sedih baby tersedak susu dan meninggal!!! Aku yakin aku tak setabah mana untuk hadapi semua tu. So, pilihan terbaik, baik aku berhenti kerja dulu dan jaga anak aku sampai at least dia dah 6 bulan. Biar tenang hati aku. Atau aku boleh sambung belajar je kan ;) In sha Allah, rezeki ada dimana² kan..
Ok la. Dah tak tau nak cerita apa. Selamat bertemu kembali.
Mood: Merindui Pak Enchek Sangat²